Resepi Sotong Masak Kicap Pedas

August 09, 2016

Assalamualaikum semua,hari nie dah tak tahu nak masak apa..Abang Man bawa balik sotong dan ikan siakap pagi tadi.Ikan Abang Man kata goreng aja lah,sotong tu yang tak tahu nak masak apa.Nak buat goreng kunyit,hari tu dah buat dah,cuba lah resepi lain.Google punya google,keluar resepi geng KBBA Saidila Abdul Rahman atau lebih dikenali dikalangan kami dengan panggilan manja Kak Long Kawasan resepi Sotong Masak Kicap Pedas.Kak Sue tengok resepinya mudah dan cepat,bahan semua dah ada..apa lagi,boleh lah cuba resepi nie.Jom kita tengok bahan Sotong Masak Kicap Pedas nie jom.Terima kasih Dila atas perkongsiannya,memudahkan hari ku..ehehe..

resepi sotong masak kicap pedas
Sotong Masak Kicap Pedas

Sotong Masak Kicap Pedas

Resepi Asal : Saidila Abdul Rahman

Bahan-bahannya :
1/2 kg Sotong - potong ikut suka korang,cuci dan tos,ketepikan
2 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
10 batang cili padi - dikisar (kalau nak pedas lagi,boleh letak lebih)
2 batang cili merah - dikisar
2 batang serai - diketuk
2 keping asam keping 
Kicap Jalen Lemak manis - secukupnya (Kak Sue guna cap Kipas Udang)
garam dan gula - secukupnya

Cara-caranya :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang kita kisar tadi dengan serai sekali
Biarkan naik bau dan pecah minyak
Kemudian masukkan asam keping dan kicap
Masukkan pula sotong dan biarkan mendidih dalam lima minit
Tambahkan garam dan gula secukup rasa
Kacau dan tutup api,siap dah..boleh dihidangkan panas-panas
Selamat mencuba..

You Might Also Like

2 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.