Resepi Ikan Sambal Petai

August 31, 2016

Assalamualaikum,hai semua..Hari nie sebenarnya Kak Sue plan nak masak Udang Sambal Petai,tapi yang dibeli oleh Abang Man Ikan Siakap..nak goreng macam selalu tak berkuah pula kami makan hari nie..Masa dah makin lewat,tak lama dah nak masuk waktu zuhur.Cili kering dah potong siap,fikir punya fikir Kak Sue buat sambal juga lah.Kali nie masak Ikan Sambal Petai pula,haaa..lain dari yang lain kan.Nanti tuangkan aja sambal atas ikan pun sedap kan,jadilah Ikan Sambal Petai..Jom kita tengok resepinya

resepi ikan sambal petai
Ikan Sambal Petai

Resepi Ikan Sambal Petai

Sebenarnya resepi Ikan Sambal Petai atau Udang Sambal Petai sama aja,macam Kak Sue pernah kongsi kat blog Kak Sue nie,cuma tukar satu bahan aja udang ke ikan..tapi ikan tu hendaklah di goreng dulu ya,jom kita tengok resepinya jom..

Ikan Sambal Petai
Bahan-bahannya :
1 ekor ikan siakap - digoreng garing atau separuh masak ikut kesukaan masing-masing
1 mangkuk sederhana petai - dalam lima,enam papan petai,dikopek
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 mangkuk kecil cili kering - dikisar
1 keping asam keping
1 kiub ayam Knorr
Sedikit garam dan gula
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar
Kacau sehingga cili nampak masak dan berkilat
Kemudian masukkan pati ayam Knorr,gula,garam dan kiub ayam Knorr
Akhir sekali masukkan petai,kacau sebati dan tutup api
Tuangkan sambal ke atas ikan yang kita goreng tadi,sedia untuk dihidangkan..

Selamat mencuba,papai!


You Might Also Like

5 ulasan

  1. alahaiii..terus lapar SA tau kak Su....

    ReplyDelete
  2. tak pernah terpikir nak buat ikan ngan sambal petai camni, nampak sedap!

    ReplyDelete
  3. Ramai pulak post pasal sambal petai ni :') tapi serius ikan sambal petai tak pernah makan lagi

    ReplyDelete
  4. kak sue... meriahnya petai.. kalo jai tengok cenggini petai, mau dia request dkna masak hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.