Bisnes Kecik Kakak

Assalamualaikum semua..nampaknya anak dara Kak Sue yang sorang tu memang ikut jejak langkah Abahnya,minat berniaga..Kakak dah lama bagi tahu yang Kakak memang minat nak ada cafe satu hari nanti.Sekarang nie Kakak berniaga kecil-kecilan aja kat rumah,Kakak jual Ice Blended dan Aiskrim Malaysia.Kak Sue dan Abang Man sentiasa menyokong apa sahaja minat anak-anak selagi tak melanggar hukum dan adab kita sebagai orang islam..


Sebelum raya hari tu Kakak dah mula berniaga aikrim malaysia,selalunya lepas magrib atau terawikh ada budak-budak singgah beli.Kakak tak kisah pun berapa yang terjual,janji Kakak dapat menabung sikit-sikit dari hasil titik peluk Kakak..Alhamdullilah sampai ke hari nie bisnes kecik Kakak semakin mendapat sambutan kat sini.Ibu dan Abah doakan semoga Kakak terus success dalam apa sahaja bidang yang Kakak ceburi.Good Luck Kakak..we love you!

Post a Comment

1 Comments

  1. semoga kakak terus sukses dan tercapai cita2nya sue :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️