Terima Kasih Carlo Rino!

Assalamualaikum semua,Alhamdullilah semalam Kak Sue terima bungkusan dari Carlo Rino yang Kak Sue order online sebelum nie.Kak Sue nak ucapkan terima kasih pada Carlo Rino kerana hadiahkan voucher shoping online barangan pilihan dari Carlo Rino.Voucher nie akan tamat pada hujung bulan May nanti,jadi sebelum Kak Sue terlupa atau terlepas tarikh tamat tempoh Kak Sue orderlah awal-awal..ehehe..teruja sangat!


Kak Sue pilih Satchel Dark Biege untuk pilihan hand bag.Ada beberapa pilihan warna tapi Kak Sue pilih biege sebab senang nak matching dengan baju atau kasut nanti.Kak Sue dah cek size beg,sesuai tak dengan badan Kak Sue takut nanti bag lagi besar dari badan pulak kan.Bila barang sampai semalam memang puashati sangat..ehehe..


Kasut pula Kak Sue pilih CR 3" Sandal Wedges Platform,Kak Sue memang suka kasut macam nie.Senang nak sarung dan buka tak terlalu tinggi atau rendah sedang-sedang saja dan sesuai untuk Kak Sue yang bersize kecil nie kan...Sekarang kak Sue dah ada kasut dan hand bag raya..yeayyy!!Terima kasih sekali lagi Carlo Rino,jangan lupa jemput Kak Sue lagi lain kali.Pada korang yang berminat nak cuci-cuci mata atau nak shopingg hand bag atau kasut baru boleh ke shop.carlorino.net.Happy Shopping ..papai!!

Post a Comment

1 Comments

  1. Cantik beg dari Carlo Rino idaman wanita Malaysia

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️