Anak Manja Ibu Dah Sihat..

Assalamualaikum semua,Alhamdullilah Adik dah semakin sihat setelah demam hampir seminggu lebih.Tiga klinik dah bawa Adik dapatkan rawatan dan terakhir sekali malam tadi Abang Man cuba rawatan urutan untuk Adik.Badan Adik lemah dan kurang minum air,itu yang selalu dicakapkan oleh doktor dan Abang Rosli yang kami dapatkan rawatan sebab tu Adik asyik tidur aja.Kesiannya anak Ibu..huhuhu..Dah usaha bermacam benda nak Adik sihat seperti biasa..

Malam tadi Adik mandi bunga..hamboi ingat orang nak kahwin aja mandi bunga..Adik pun mandi bunga untuk segarkan kembali badan yang lemah.Ada gangguan sikit,mungkin ada yang 'menegur' atau 'melintas'.Ya lah dalam kehidupan kita nie bukan kita saja makhluk Allah,ada makhluk lain yang kita tak nampak dengan mata kasar..cuma kita lebih istimewa dari makhluk lain,jadi kita jangan takut dengan mereka....ewah acah-acah berani konon,hahahaha!Itu yang bila malam demam dan panas badan Adik naik mendadak.Kadang kita bukan nak percaya sangat benda macm nie kan,tapi kita usahalah..yang menyembuh hanya Allah sahaja..

Sebagai Ibu dan Abah,kita memang risau kalau ada anak-anak yan tak sihat atau sakit.Malam memang tak berapa tidur lena.Kami bergilir-gilir menjaga Adik bila malam suhu badan naik mendadak.Bila dah biasa dengan suasana riuh dan gelak manja Adik,bila Adik demam kita pun jadi sedih dan susah hati.Alhamdullilah,lega bila Adik dah sihat seperti biasa,baru lah dengar suara gelak manja dan menceriakan suasana.Terima kasih pada yang memberi sokongan dan mendoakan Adik,Allah saja membalasnya.Semoga Adik terus sihat,dapat meneruskan pengajian serta dapat memberi mafaat kepada orang lain..aamiin ya rabb..lebiu sayang!


Post a Comment

2 Comments

  1. alhamdulillah....semoga sihat selalu dan ibunya dapat tabah dan tak putus doa untuk anak2....

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, skrg ramai budak2 tak sihat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️