Ola Bola Movie

Assalamualaikum semua,akhirnya Kak Sue berkesempatan jugak bawak Adik menonton movie Ola Bola yang tengah hot di perkatakan sekarang nie.Sebenarnya tak plan nak tengok pada hari selasa lepas,cuma nak usha tiket aja dulu.Kebetulan masa kami sampai ngam-ngam ada tanyangan dan seat,Abang Man pun terus on aja lah.Seronok Adik,berapa kali dah Adik mintak nak tengok movie nie,kebetulan Adik masih bercuti boleh la layan..

Ola Bola movie nie memang sesuai di tonton pada semua peringkat umur dan bangsa.Jalan cerita yang sangat menarik mengisahkan semangat berpasukan,setiakawan antara pemain, semangat sayangkan negara dan kasih sayang serta pengorbanan terhadap keluarga amat menyentuh hati Kak Sue.Bila part Tauke atau Muthu mula lah Kak Sue tangkap leleh.Banyak pengorbanan dan kesusahan yang terpaksa mereka lalui untuk mencapai cita-cita untuk mewakili Malaysia ke Moscow

'Kita menang sama-sama,kita kalah pun sama-sama!",menaikan kembali semangat pasukan Malaysia apabila mereka mendapat tahu bahawa pasukan Malaysia memboikot Sukan Olimpik pada waktu itu.Mereka tetap meneruskan permainan dan berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan bangganya.Lagi satu,apa yang menarik mengenai movie nie kan mereka mengunakan pelbagai bahasa juga.Malaysia kan memang terkenal dengan pelbagai bangsa,bahasa dan budaya.Pada kawan-kawan yang belum menonton movie nie,Kak Sue nak ajak korang pergi ke panggung dan tonton movie nie yang pasti tak mengecewakan.Selamat menonton semua,papai!




Post a Comment

2 Comments

  1. Excellent hub, James.

    ReplyDelete
  2. Its such as you learn my thoughts! You appear to understand a lot approximately
    this, such as you wrote the e book in it or something.
    I feel that you could do with some p.c. to power the message house a little
    bit, however other than that, this is fantastic blog.
    A fantastic read. I will certainly be back.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️