Yeay Mak Nak Datang

Assalamualaikum semua,selamat pagi.Hari nie pepagi tadi mood macam nak ke laut je dah,lesu dalam beberapa hari nie tak cukup tidur!!Tapi bila ingat mak nak datang terus naik semangat.Cepat-cepat siapkan kerja rumah sambil fikir menu apa nak di masak untuk mak dan Ateh sekeluarga nanti.Seronok gila bila Mak dapat datang lagi kali nie untuk majlis sabtu nie,maklum lah bukan selalu pun,setahun sekali aje kut..
Dulu kalau mengadap je laptop dan handphone Mak mesti bebel..'hang pa nie keja dok hadap benda tu ja,hang pa nak balik kampung ka,hang pa nak tengok hanphone??'Nahhh hangggg..tapi sekarang mak dah faham dah.Kadang-kadang tuntutan kerja,ewahhh macam la kerja bagus sangat ye..miahahaha!!Kadang tengok resepi,kadang dok baca kawan-kawan sharing tip dan info yang berguna..macam-macam lah,kita la yang nak kena pandai bahagikan masa.
Sekarang kalau nak ambik gambar masakan ke,gambar apa-apa ke..Mak dah tak kisah dan paham dah,Mak siap bagi idea lagi..'hang pi letak depan sikit nun,ada cahaya'hamboii..jangan tak tau hokay Mak Kak Sue pun tau pengunaan cahaya bila nak ambik gambar,hihihi.Nanti kita ambik gambar banyak-banyak na Mak,tahun nie tak ada pun gambar dengan Mak.Terima kasih ya Mak kerana sentiasa memahami minat anak Mak nie,walaupun kadang kita merajuk hati tapi Mak,Abah dan keluarga kita sentiasa ada dalam doa orang setiap waktu.Tak sabar nak tunggu Mak Datang..

Post a Comment

6 Comments

  1. Bestnye mak nak dtg rumah..")

    ReplyDelete
  2. amboii mak. lg terror bab amek gambar ye. haha

    ReplyDelete
  3. wah bestnye mak dtg rumah :)

    ReplyDelete
  4. hehehehehe.. sporting nya...!! :)


    Salam.. haii.. saya blogwalking sini.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️