Sagu Longan Coconut Milk

August 07, 2015

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak share resepi yang Kak Sue jumpa kat facebook dua,tiga hari lepas.Nampak sangat menarik dan mengoda selera Kak Sue nie..Kak Sue memang peminat puding,kebetulan hari nie kakak ipar kesayangan Kak Sue nak datang bertandang.Jadi Kak Sue pun teruslah mencuba resepi nie untuk pertama kalinya.Rasanya puding nie sama macam kita nak buat sagu gula melaka cuma kita tambah longan je dalam resepi tu.Jom lah kita tengok resepi nya..

Sagu Longan Coconut Milk
Resepi Asal:RASA resepi
Bahan2nya:
250 gram Sagu
500ml Air
150 gram Gula pasir/Gula melaka
Daun pandan
Buah longan secukupnya
Sos Santan
250ml Santan
1/2 std garam
*Gula melaka di masak dengan sedikit air dan daun pandan*option

Cara2nya:
Cuci sagu dan toskan sebentar
Masak air,daun pandan dan gula pasir hingga mendidih
Kemudian masukkan sagu dan terus kacau hingga pekat dan mendidih,ketepikan
Masak semua bahan sos sambil di kacau agar santan tak pecah dan mendidih,ketepikan
Kemudian bolehlah hidangkan sagu bersama santan dan buah longan
Kalau suka boleh tambah gula melaka,dah siap..mudahkan,selamat mencubaaaa..Papai!!!


You Might Also Like

4 ulasan

  1. saya suka kalau kuih sagu camni.. sedap!

    ReplyDelete
  2. tu la mas..akak buat habis slam..makan sejuk2 sedap!

    ReplyDelete
  3. tu la mas..akak buat habis slam..makan sejuk2 sedap!

    ReplyDelete
  4. tu la mas..akak buat habis slam..makan sejuk2 sedap!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.