Konsert Patriot Akim & The Majistret Yeo's Malaysia..

Assalamualaikum apa khabar semua.Semalam Kak Sue berkesempatan ke Konsert Patriot Akim & The Majistret yang telah dianjurkan oleh Yeo's Malaysia dan Harian Metro dan mereka telah melancarkan kempen Yeo's I Love Malaysia di Bulatan Bazarina Shah Alam.Kempen itu bermula sepanjang bulan Ogos iaitu dari 1 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015 dan sepanjang kempen ini berlangsung pihak Yeo's akan mengadakan jelajah Konsert Patroit I Love Malaysia bersama duta mereka iaitu Akim & The Majistret dan bersama tetamu istimewa iaitu kumpulan Precious serta Alinda.




Mereka akan berada di enam buah negeri seluruh Malaysia iaitu bermula di Johor (8 Ogos),Shah Alam Selangor (16 Ogos),Kuala Terengganu (5 Sept),Kota Kinabalu (12 Sept),Kuching (15 Sept) dan akhir sekali di Alor Star (19 Sept).Di samping itu korang semua boleh memenangi hadiah-hadiah menarik di lokasi konsert yang korang pergi antaranya TV 50",Samsung Galaxy Tab atau Samsung J5 serta album Patriot.Untuk mendapatkan tiket Rockzone pula korang hanya perlu kumpul lapan pek setiap negeri dari setiap pembelian barangan Yeos yang tertera perkataan I Love Malaysia.Simple je kan,dapat minum dan dapat pergi tengok konsert Rockzone lagi.Lagi satu korang jangan lupa sertai contest I Love Malaysia yang menawarkan pakej percutian dan wang tunai yang bernilai rm185,000 di app WeChat tau.Untuk keterangan lanjut boleh la layari www.facebook.com/yeosmalaysia



Post a Comment

6 Comments

  1. wahh menarik ni. sekarang ni anak anak tengah suka minum yeos yeogurt pun

    ReplyDelete
  2. ari tu masa konsert murah Nani yeos yogurt tu..anak kak sue pun suka..

    ReplyDelete
  3. yeahh terbaikla walaupun hujan..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..akak siap tunggu sessi bersama ngan Akim lagi..lenjunnn..hahaha..

      Delete
    2. tu la..akak siap tunggu sessi bersama ngan Akim lagi..lenjunnn..hahaha..

      Delete
    3. tu la..akak siap tunggu sessi bersama ngan Akim lagi..lenjunnn..hahaha..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️