Tetamu Pertama Raya Tahun ini

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue menerima tetamu pertama untuk raya tahun ini.Tetamu Kak Sue ialah rakan blogger Mas Saari juga salah seorang antara ahli #kelabbloggerbenashaari.Semalam ada Mas bagi tau,dia nak pergi beraya ke Bukit Beruntung,jadi dah alang lalu area sini apa salahnya singgah ke rumah Kak Sue kan.Seronok betul nak terima tetamu,sebab tetamu nie bawa rezeki kat rumah kita tau,jangan tak tau.Lagi pun inilah masa kita nak berbual,bertanya khabar dan mengeratkan silatulrahim.Kalau hari biasa tu masing-masing sibuk dengan tugas harian kan..

Pepagi lagi dah kuar ke NSK beli barang yang nak di masak,maklumlah baru balik bercuti ke kampung.Hanya mampu masak simple macam gini aje..spagetti bolognise,dan jamu kuih raya aje..

Terima Kasih Mas dan keluarga kerana sudi singgah beraya ke rumah Kak Sue,maaf lah masak menu yang simple je kali nie.Nanti akak buat open house datang lagi tau Mas..Selamat Hari Raya dan ziarah menziarah sesam kita..




Post a Comment

2 Comments

  1. yeayyyy tq kak sue sudi terima kunjungan kami beraya.. syok makan almond london ngan satu lg kuih tu.. xsedar mkn byk! heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesama Mas..memang sedap tu,akak order dari Nina..ehehee

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️