Salam AidiFitri 2015

Assalamualaikum semua,Salam Aidifitri untuk semua keluarga,kawan-kawan dan pembaca Blog Kak Sue..maaf zahir dan batin,andai ada salah dan silap dalam pergaulan,penulisan dan waktu berurus niaga tu ye..Tahun nie giliran raya di rumah mertua Kak Sue,di Kampung Tanjumg Keramat Teluk Intan,Perak.Biasa Kak Sue memang buat giliran beraya dengan Abang Man,sejak dari mula kahwin sampai la sekarang.Alhamdullilah tak ada masalah bab giliran pulang berhari raya nie..





Cara sambutan kat sini masih meriah,pagi-pagi lagi dah sibuk membalas bekas makanan yang di hantar oleh jiran sekampung,memang meriah dengan berbagai menu orang Jawa.Di sini masih tebal dengan adat orang Jawa,seperti Baraan,berendoi dan bermacam lagi.Tradisi ziarah menziarah masih di amalkan di kampung nie,tak hairan lah rumah mertua Kak Sue masih di kunjungi tetamu walaupun dah lewat malam..
Esok pagi di kampung nie,akan di adakan aktiviti tradisi iaitu Baraan berziarah dalam berkumpulan,dari ke rumah..Sepanjang Kak Sue jadi menantu orang Jawa nie belum lagi la Kak Sue ikut serta.Rasa macam nak join esok..Seawal pagi dah kena bangun bantu menyediakan makanan untuk tetamu yang akan datang esok.Lepas tu berkumpul di masjid dan mulakan Baraan dari rumah ke rumah menarik kan,tunggu esok akan Kak Sue kongsikan disini..Jumpa lagi esok..Papai!!!

Post a Comment

2 Comments

  1. Replies
    1. hihihi..ku lihat hijau ye..Selamat Hari Raya Nurul.. :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️