Pulut Kacau (Wajik) Mak Terbaik


Assalamualaikum,masih berkisar dengan masakan dan air tangan Mak Kak Sue hari nie..Kak Sue memang susah sikit kalau beli kat luar tu,susah nak menepati selera Kak Sue.Hanya Masakan Mak dan suami je la yang menepati selera Kak Sue.Hari nie nak kongsi Pulut Kacau atau dengan nama lain Wajik.Setiap kali balik ke kampung Kak Sue,mak mesti bekalkan Pulut Kacau untuk Kak Sue bawa pulang.
Pulut Kacau atau Wajik merupakan makanan tradisional,iaitu beras pulut hendaklah di rendam dulu pada malamnya, dan keesokkan harinya boleh lah kita kukus sehingga lembut.Sesudah itu,boleh lah di masak dengan gula dan santan.Kacau sehingga pekat,jangan lupa masukkan daun pandan untuk mendapat aroma pandan tu...wangi je bau.Dah siap masak boleh la kita masukkan pulut ke dalam bekas untuk di sejukkan,dah siap dah.Kata Mak mudah aje nak membuatnya,cuma kena betul sukatan bahan-bahannya,baru la sedap.Terima kasih sekali lagi Mak masakkan Pulut Kacau kegemaran orang,sayang Mak..muahhh!!

Post a Comment

4 Comments

  1. feberet saya ni kak..
    dulu masa arwah mak ada mmg dia akan buat setiap kali raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la,akak suka macam nie..kdg org letak gula merah kan..akak suka putih..

      Delete
  2. Replies
    1. kalau mak yang buat mesti sedap kan Nad.. :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️