Pati Kelapa Laut MAN JAVA Order untuk Gemas dan Batu Pahat

Assalamualaikum,semalam Kak Sue dah mula buat penghantaran Pati Kelapa Laut MAN JAVA untuk order yang telah di buat pada raya ketiga.Kak Sue mohon maaf terpaksa mengambil masa sikit untuk menjawab setiap komen,sms,whatsap dan call dari pelanggan.Maklum lah masih dalam suasana berhari raya,tak sedap pulak asyik nak mengadap handphone je bila berada di rumah mertua dan keluarga mak dan abah Kak Sue.Kak Sue update blog pun curi-curi je sekejap,nak siap satu entry pun jenuh!!!

Untuk order yang baru akan di beritahu nanti melalui blog,facebook dan whatsap ye.Macam biasa la cara nak order dan syarat-syaratnya boleh la rujuk lat bawah nie :

  • Kawasan ~satu kawasan/tempat/pasar/pasar malam seorang sahaja yang boleh menjual produk Kak Sue nie ye,kang satu tempat satu pasar malam,dah sampai dua tiga orang mula la pakat tak puashati la apa la..tak mau macam tu ye,kita masing-masing nak cari rezeki bukan nak bergaduh cari musuh bukan nak tikam belakang orang.
  • Kuantiti ~berapa banyak nak order pati,buah dan isi Kelapa Laut sila confirmkan order semasa membuat order.Dan order hendaklah di buat satu minggu sebelum penghantaran,jangan esok nak pakai hari nie baru nak order.Bukan apa kadang bila buat macam tu,jadual penghantaran yang kami susun dah terganggu dan menimbulkan kesulitan pada pihak kami dan orang lain.Untuk yang pick up point pula,silalah TEPATI MASA anda.
  • MAN JAVA Kelapa Laut~hendaklah sentiasa mempamerkan sticker/banner/bunting yang akan di sediakan di tempat niaga masing-masing.Ini dapat membezakan produk kami dengan produk pesaing dan dapat membantu untuk Kak Sue promote gerai masing-masing.
  • COPY ~JANGAN sesuka hati nak ubah rasa,ubah nama produk MAN JAVA Kelapa Laut,kalau di dapati berbuat demikian semua order akan di BERHENTIKAN SERTA MERTA dan sebarang rayuan TIDAK AKAN DI LAYAN!!!

Di harap semua pelanggan dapat beri kerjasama ye,sebab dah banyak kali terjadi macam-macam hal dan menimbulkan kesulitan dan nama yang tidak baik pada pihak kami.Terima kasih pada semua yang sudi berurusan dengan kami dan memberi kerjasama dengan baik.

Post a Comment

2 Comments

  1. wahhh makin murah rezeki akak..
    moga terus maju jaya!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️