Kelapa Laut MAN JAVA Di Little India Kapar,Klang

July 30, 2015

Assalamualaikum,dalam beberapa hari nie perniagaan kecil Kak Sue dah mula beroperasi seperti biasa.Untuk permulaan,kami akan menghantar order yang di buat semasa awal menyambut raya tempohari.Sebenarnya kami tidak menerima order pada hari raya,tapi biasa lah kan kita orang meniaga nie,sehabis baik kena layan semua pelanggan kita kan.Selepas selesai semua list order yang pertama,baru Kak Sue open order sepenuhnya diharap semua pelanggan dapat beri kerjasama dan bersabar mengikut giliran penghantaran .
Semalam untuk pertama kali kami berurusan dengan pelanggan berbangsa India,seronok pulak bila bangsa lain berminat nak berurusan dengan kita dan produk kita kan.Ianya merupakan satu penghargaan buat kita.Bukan senang nak buat bangsa lain berminat dengan produk kita,Kak Sue bukan lah nak bercakap pasal perkauman,tapi rasa sangat berbangga dapat berurusan dengan meraka.Harap selepas ini Kak Sue dapat berurusan dengan berbagai bangsa lain juga,serta dapat menaikkan lagi nama produk Pati Kelapa Laut Man Java secara lebih meluas lagi.
Terima Kasih kepada saudara Raja dan isteri,kerana berminat nak berurusan dengan kami.Harap kerjasama kita berjalan dengan baik dan lancar.Sesiapa yang berminat dengan air Kelapa Laut MAN JAVA bolehlah singgah di gerai milik saudara Raja di Little India,Kapar,Klang ye..Terima kasih semua.

You Might Also Like

17 ulasan

  1. Waaah tahniah! Pelanggan dah berbilang bangsa skrg. Barulah jdi 1MDB. Eh silap. Barulah jd 1 Malaysia 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Sohoque..ehhhh..hahahahaha..

      Delete
  2. waa.. kena try ni.. bab menyedapkan tekak sayalah heroin.. hee~

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Selamat hari raya Ain..tq tau selalu singgah.. :)

      Delete
  4. alhamdulilah tahniah kak sue dan suami...terbaiklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah..tq Juju..aamiin..

      Delete
  5. terbaik kak sue.. marketing melalui media sosial juga membantu.. semoga terus berjaya.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Yoorin,betul tu..terima kasih jugak untuk geng #kelabbloggerbenashaari.. ;)

      Delete
  6. semakin berkembang...
    tahniah kak sue dan keluarga.
    terus suksess dan berkembang selepas ni..
    jgn badan kembang lak kak sue :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin..tq Shark..hamboi..hamboi Sharkkkk..hahahahaa :P

      Delete
  7. Alhamdulillah..tahniah kak sue..bila dapat merasa air tu..eh preggy leh minum ke..ehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Nad..InsyaAllah boleh je Nad..nanti dtg raya rumah kak Sue,boleh rasa..ehehe..

      Delete
  8. Tahniah kak sue & abg man! Moga lebih sukses. Tak mustahil satu hari nanti air kelapa laut man java popular sampai ke luar negara, InsyaAllah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Nani..aamin ya rab..InsyaAllah kan :)

      Delete
  9. alhamdulillah..
    moga sampai ke pasaran luar Malaysia lak nanti, mana tau rezeki kan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.