Assalamualaikum,dalam beberapa hari nie perniagaan kecil Kak Sue dah mula beroperasi seperti biasa.Untuk permulaan,kami akan menghantar order yang di buat semasa awal menyambut raya tempohari.Sebenarnya kami tidak menerima order pada hari raya,tapi biasa lah kan kita orang meniaga nie,sehabis baik kena layan semua pelanggan kita kan.Selepas selesai semua list order yang pertama,baru Kak Sue open order sepenuhnya diharap semua pelanggan dapat beri kerjasama dan bersabar mengikut giliran penghantaran .
Semalam untuk pertama kali kami berurusan dengan pelanggan berbangsa India,seronok pulak bila bangsa lain berminat nak berurusan dengan kita dan produk kita kan.Ianya merupakan satu penghargaan buat kita.Bukan senang nak buat bangsa lain berminat dengan produk kita,Kak Sue bukan lah nak bercakap pasal perkauman,tapi rasa sangat berbangga dapat berurusan dengan meraka.Harap selepas ini Kak Sue dapat berurusan dengan berbagai bangsa lain juga,serta dapat menaikkan lagi nama produk Pati Kelapa Laut Man Java secara lebih meluas lagi.
Terima Kasih kepada saudara Raja dan isteri,kerana berminat nak berurusan dengan kami.Harap kerjasama kita berjalan dengan baik dan lancar.Sesiapa yang berminat dengan air Kelapa Laut MAN JAVA bolehlah singgah di gerai milik saudara Raja di Little India,Kapar,Klang ye..Terima kasih semua.