Mahabbah Yanur Chalet di Kampung Tanjung Keramat

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsikan Mahabbah Yanur Chalet kepunyaan adik abang Man yang bertempat di Kampong Tanjung Keramat,Langkap,Perak tempat Kak Sue lepak beberapa hari kat sana sempena raya hari tu.Homestay ini ada dua bilik di lengkapi dengan peti ais,mesin basuh, dan tv.Bilik pun luas ada queen dan single bed kat bilik yang Kak Sue lepak tu,sementara bilik yang lagi satu tu,untuk anak-anak dara dan anak bujang Kak Sue,kali nie anak buah Kak Sue yang kembar tu nak ikut beraya kat rumah mertua Kak Sue,so kena ada dua bilik lah,kang dah sesak pulak dok dalam satu bilik.Nasib baiklah owner homestay nie sangat memahami,ehehe..Bilik mereka ada dua queen bed,bilik mandi,nak mandi tu tak yah dah nak rebut-rebut dah ada sorang satu bilik air kan..juga ada ruang tamu nak lepak-lepak tengok tv.





Terima kasih pada adik Nurul dan suami sebab bagi kami lepak kat situ,sangat selesa dan memang sesuai untuk seisi keluarga.Kalau nak baring,nak mandi dan tukar baju tak ada la segan sangat dah sebab lebih privacy kan.Maklum lah rumah mertua Kak Sue tetamu datang beraya memang tak putus-putus dari pagi hingga ke malam,meriah sungguh..!!Pada korang yang berminat nak sewa Mahabbah Yanur Chalet nie boleh lah menghubungi seperti yang Kak Sue sertakan di bawah nie ye
Mahabbah Yanur Chalet
Yahya~ 012 5701814
Nurul Hidayah~ 0123249161

Post a Comment

2 Comments

  1. kalau balik kg yg ramai keluarga elok dok chalet, baru selesa..
    chalet ni pun cantik dan selesa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Mas,kadang ramai kan time raya tu..
      Chalet nie mmg sangat selesa..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️