Adik Menang Pertandingan Mewarna

Assalamualaikum semua,semalam ada Karnival Masjid di Masjid Besar BTP Bandar Tasik Puteri,di taman perumahan Kak Sue nie.Adik anak bongsu Kak Sue pagi-pagi dah bangun beriya nak sertai aktiviti yang di sediakan di masjid,walaupun Adik tak berapa nak sihat sebenarnya.Salah satu aktiviti yang Adik sertai ialah pertandingan mewarna.Seramai 22 orang murid yang menyertai pertandingan mewarna dari pelbagai peringkat umur dan jantina.Sebelum pertandingan mewarna ada sesi taklimat serba sedikit untuk anak-anak yang menyertai pertandingan mewarna itu.






Pertandingan bermula lebih kurang pukul 9.30 pagi tapi Adik agak terlewat menyertai pertandingan sebab Abah nak selesaikan kerja Abah sikit dulu.Adik pun rasa macam down dah,bila tengok kawan-kawan dah mula mewarna.Nasib baik Abah cepat-cepat bagi semangat kat Adik..tak apa Abah temankan Adik mewarna kata Abah..bersemangat lah Adik mewarna.Akhir pertandingan  semasa di umumkan pemenang tak sangka pulak Adik menang tempat kelima,apalagi senyum sampai telinga la Adik..Tahniah anak Ibu..I'm proud of you dear..keep it uppp..!!



Post a Comment

4 Comments

  1. Tahniah adik , cantik warnanya ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Ain..seronok Adik balik semalam..

      Delete
  2. tahniah Adik.... seronok dia menang.. even lambat datang pun... rezeki Adik tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Zizie..tu la seronok dia balik ari tu..senyum je balik rumah.. :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️