Bubur Nasi Cara Kak Sue

Assalamualaikum, jumpa lagi kita di sini. Hari nie Kak Sue masak Bubur Nasi aja untuk makan tengahari. Memandang anak dara Kak Sue tak berapa nak selera makan dan tak sihat akibat sakit tekak. Kesian anak Ibu, nak telan air liur pun sakit. Panas dalam lah tu.. Pagi tadi Kak Sue dok memikir apa nak masak bagi anak- anak selera nak makan. Kemudian terpikir nak masakkan Bubur Nasi aja lah, lembut senang sikit nak makan kan. Resepi Bubur Nasi Cara Kak Sue nie senang ja korang, jom kita tengok bahan dan cara nak buat jom..

Bubur Nasi Cara Kak Sue
Bubur Nasi Cara Kak Sue

Bubur Nasi

Bahan2nya:
2 cawan Beras 
1 liter Air (kalau nasi belum cukup lembut,sila tambah air lagi ye)
2 inci halia
2 camca besar Serbuk lada hitam
2 camca besar Serbuk perasa Ayam
*garam secukup rasa

Cara2nya:
Cuci beras dan campurkan dengan air tadi,didihkan.
Tambah air,ikut selera kita nak bubur tu macam mana..setengah tak suka lembik sangat kan..tapi kang kalau tak lembik bukan bubur la namanye..
Masukkan halia yang telah diketuk dan lada hitam
Bila dah cukop lembut bubur nasi tu,boleh la tambah serbuk perasa ayam dan sedikit garam.Dah siap..taraaaaaa...

Bubur Nasi Cara Kak Sue
Bubur Nasi Cara Kak Sue
Bahan sampingan yang nak dimakan bersama Bubur Nasi boleh lah nak goreng ikan bilis ka, telur masin ka, semua ikut kesukaan selera kita. Kak Sue selalu campur sayur, ikan bilis dan telur masin. Kadang goreng ayam, carik-carikkan isi ayam, campurkan dalam bubur pun sedap. Potong cili padi, letak kicap, perghh..dua mangkuk..Lega perut, miahahahha..! Okay la sekian aje kali nie, jangan jemu singgah blog Kak Sue ya.. papai!

Post a Comment

6 Comments

  1. akak.. sedapnya... nangis tgk. puasa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aloo sian dia..kalau dekat leh akak anto semangkok..

      Delete
  2. telur masin, ikan bilis.. ngam sangat dah tu kakkk..sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ..akak pun makan bertambah2 hari nie..ehehe..

      Delete
  3. sedapnya sis..
    Lama dah tak makn bubur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la resepi akak nie..jap je siap tu..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️