Mee Udang D'Laila Suppower Terbaik Di Nilai..

Assalamualaikum semua,apa khabar hari ini?Di harap berada di dalam keadaan sihat walafiat dan happy bersama family semua ye.Minggu nie cuti agak panjang,ada yang plan balik kampung tak?Pada yang tak balik kampung dan planning nak bawak family makan kat luar tu,meh sini Kak Sue nak bagi tahu satu tempat makan yang Ohsem!!Mana lagi kalau bukan D'Laila MMA Santai Corner Nilai..dengan harga yang berpatutan dan layanan yang ramah mesra dari Laila tuan empunya kedai,korang mesti berpuashati dan rasa sangat berbaloi kalau datang dari jauh nak ke Nilai tu.
Hari tu Kak Sue dan family mencuba Bubur Nasi Berlauk yang ada bermacam pilihan lauk pauk,pilih je yang mana menepati selera korang dan Mee Udang pula boleh pilih udang  nak size yang mana atau pun dengan seafood yang lain.Memang sedap dan kena dengan tekak Kak sue nie.Sebelum nie dengar kawan-kawan aje bercerita tentang kesedapan masakan D'Laila Suppower nie.Akhir dapat jugak Kak Sue merasa dan sangat berpuashati.Balik tu siap tapau lagi Asam Pedas Telur Ikan Mayong,tak menahan nengoknya ehehehe..

~Mee Udang Size L D'Laila Suppower..mmg power!!~

~Bubur Nasi Berlauk dengan bermacam jenis pilihan lauk pauk~
~Telur Ikan Mayong..boleh di masak mengikut pilihan sendiri~
~Telur Ikan  Mayong yang di tapau Masak Asam Pedas~

Untuk sesiapa yang berminat ke sana,Kak Sue sertakan alamat dan waktu operasi seperti berikut,

D'LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F,Bandar Baru Nilai,71800 Nilai,Negeri Sembilan
(Sila waze..)
CONTACT NUMBER
0172253337
WAKTU OPERASI
6.00 Petang -12.00 tengahmalam







Post a Comment

2 Comments

  1. bubur paling sedap!! boleh tambah 2 mangkuk kalau makan..

    ReplyDelete
  2. tu la Mas..sedapnya!!makan pulak ngan cili padi..pergh..eheehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️