Resepi Brownies Versi Kedut

Assalamualaikum.Selamat malam semua,malam ni Kak Sue nak kongsi resepi yang Kak Sue belajar online hari tu By Kiswonderbake kat Instagram (IG).Belajar kek pun ada online sekarang baq hang,dunia dah maju janji ada duit semua boleh jadi..ehehe.Hari nie nak kongsi resepi Brownies Versi Kedut.Pada permukaan kek tu ada "kedut-kedut" gitu,rasa pun yummy dan trending kut sekarang.Kalau kita tengok dekat IG tu,semua Brownies Kedut aja kan,tertanya-tanya macam mana nak dapatkan kedut tu kan.Okay lah jom kita tengok resepi Brownies Versi Kedut yang simple dan mudah,cuma perlu ikut langkah yang betul,InsyaAllah dapatlah kedut yang kita nak tu ya..

resepi brownies versi kedut
Brownies Versi Kedut - Meriah kedut kan..

Resepi Brownies Versi Kedut

Bahan A
320 gram semi sweet choc chip
113 gram butter
20 gram cocoa powder

Bahan B
3 biji telur grade A
200 gram gula castor
1 sudu vanila extract

Bahan C
95 gram rising flour
30 gram walnut~optional

Cara -caranya :
Bahan A
Teknik double boiled - Panaskan air dalam periuk dan letak mangkuk diatas
Choc chip,butter & cocoa powder
(ketepikan dan biarkan sejuk sekejap)

Bahan B
Dalam bekas lain
Pukul gula,esen vanila dan telur pada kelajuan max(jangan lama sangat agak-agak satu minit memandai)

Bahan C
Ayak tepung.biar dimangkuk sendiri
Masukkan bahan A ke dalam bahan B, guna spatula (mix/fold sahaja) sebati satu arah sahaja
Jangan kacau laju-laju,jangan overmix.Kacau perlahan sahaja ye
Kemudian masukkan bahan C,juga mix satu arah aja dan kacau perlahan
Kemudian boleh masukkan walnut atau chop chips jika perlu~optional
Akhir sekali,masukkan ke dalam loyang yang tersedia.Loyang berukuran 8x8
Bakar selama 35-40 minit pada suhu 165-170(sama seperti suhu congo bars)

Peringatan:Lain oven,lain suhu dan masa

Selamat mencuba ya kawan-kawan,papai!!

Post a Comment

8 Comments

  1. Ok.. Nanti nak try. Thanks Sue

    ReplyDelete
  2. Ok.. Nanti nak try. Thanks Sue

    ReplyDelete
  3. Boleh je Nina..you welcome..😊

    ReplyDelete
  4. Ukuran loyang brp x brp? dan potong mcmana? dah sejuk baru potong atau panas2 potong. Tksh in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Norita,Maaf lambat reply ye,Kak Sue dah edit resepinya,potong tu ikut kita nak berapa pcs selalunya 16 pcs,potong setelah sejuk ye..Selamat Mencuba :)

      Delete
  5. Anonymous12 May, 2015

    bahan c / tepung bila masukkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat reply,Kak sue dah edit pada resepi tu ye..Selamat mencuba :)

      Delete
  6. Boleh tahan, boleh jugak try buat.

    Mcm mana tentukan masa dan suhu tu mengikut jenis oven?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️