Resepi Kuih Lapis Labu

April 30, 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..harap semua berada dalam keadaan sihat ja semua.Hari nie baru ada kerajinan nak masukkan resepi Lapis Labu yang Kak Sue kongsikan dari Blog Yatiememories.TQ ya untuk resepi nie.Kekasih Hati Kak Sue suka makan kalau kuih talam atau lapis yang tidak terlalu manis dan labu salah satu kegemaran beliau,tu yang Kak Sue cuba resepi Kuih Lapis Labu yang sedap nie.Pada korang peminat kuih lapis labu nanti boleh cuba resepi yang Kak Sue kongsikan kat sini ya..

resepi kuih lapis labu
Kuih Lapis Labu

Kuih Lapis Labu

Bahan A
2 cawan air
1 1/4 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan~di simpul

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan air

Bahan C
1/2 cawan santan pekat

Bahan D
1 cawan labu~yang telah di rebus dan di lecek halus,Kak Sue letak lebih

Cara Menyediakan Adunan
Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.ketepikan dulu
Dalam mangkuk lain satukan bahan B.Gaul rata dan masukkan bahan A ke dalam
Gaul sebati,tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian
Satu bahagian di masukkan bahan C
Satu bahagian lagi di masukkan bahan D
Bahagikan lagi pada setiap bahagian kepada 3 bahagian supaya sama je nanti jumlah bahagian tu ye
3 kuning n 3 putih

Cara Masak
Panasakan kukusan.Alaskan plastik di loyang dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya
Masukkan adunan D dan kukus selama 5-7 minit
Lapiskan pula adunan C dan kukus juga selama 5-7 minit
Ulangi sehingga habis melapiskan kuih tu ye
Lapisan terakhir kukus selama 20 minit dan guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik
Setelah masak,angkat dan sejukkan
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik

*Untuk kuih nie Yatie guna loyang 10x10x2,Kak Sue guna loyang 8 inchi*

Selamat Mencuba~papai...


You Might Also Like

2 ulasan

  1. Cantik betul kejadian lapis labu tu Shuhaida...

    ReplyDelete
  2. Tq kak Amie..sorry x perasan kak Amie komen..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.