Resepi Puding Roti Marble

March 16, 2013

Assalamualaikum semua..berjumpa kita lagi kali ini.Hari nie masih lagi resepi tentang Puding..maklum lah cuaca agak panas sekarang,petang-petang tu kalau pekena Puding atau agar-agar sedap jugak kan.Kak Sue pun merayau la kat Blog salah sorang idola Kak Sue kak Siti Delima.Ronda punya ronda nampak resepi Puding Roti Marble kebetulan masih ada balance roti kat dapur dan resepi pun mudah dan ringkas,bahan bahan pun dah sedia ada.Boleh terus buat dah kan.Kak Siti kata dia tak marblekan puding nie,cuma lapiskan aja jadi Kak Sue pun lapiskan aja.Jom kita tengok resepi Puding Roti Marble nie jom..

puding roti marble
Puding Roti Marble

Puding Roti Marble

Sumber Resepi : Siti Delima

Bahan-bahan: 
Hidangan untuk satu loyang
4 keping roti - di siat-siat
8 gram serbuk agar
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula - boleh di kurangkan
3 1/2 cawan air
170 ml susu cair
2 s/b majerin/butter - cairkan
2 s/b serbuk koko - boleh juga guna choc emulco
*kalau nak tukar pun boleh*

puding roti marble
Puding Roti Marble

Cara-cara:
Didihkan 3 cawan air,serbuk agar-agar dan gula dalam periuk
Blend roti,telur,susu pekat,susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn)
Kemudian masukkan ke dalam periuk agar2 yang di didih tadi
Masukkan butter/majerin dan kacau sehingga mendidih.matika api
Bahagikan adunan kepada dua bahagian,satu adunan asal dan satu masukkan serbuk koko@ choc emolco,atau perisa dan warna kegemaran masing-masing
Kacau cepat-cepat dan sebati sehingga serbuk koko tak berketul-ketul
Tuang ke dalam acuan berselang seli.sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat
Ulang sehingga habis na..masa nak melapis/memarbelkan hendak lah dengan CEPAT sebab puding/agar-agar nie mudah sejuk dan membeku.
Dah siap bolehlah disimpankan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.Sedap oww makan sejuk-sejuk
Selamat mencuba.












You Might Also Like

3 ulasan

  1. alahaii..comelnya puding tu...mesti sedapkan

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. Jumpa resepi kak shu,,cantik betul kejadian puding dia

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.