Puding KokTail

Assalamaualaikum, hai semua. Salam Jumaat yang penuh keberkatan. Pagi nie Kak Sue nak kongsi Resepi Puding Koktail pula dengan korang. Puding Koktail nie antara resepi puding yang paling senang dan ringkas nak sediakan. Tambah pula bila makan dalam cuaca yang panas memang sedap sangat kan. Nak pula kita sejukkan dulu dalam peti ais memang sedap lalu kat tekak.. hehehe..

Resepi Puding Koktail
Puding Koktail


Resepi Puding Koktail

Resepi Puding Koktail nie Kak Sue ambik dari sumber My Resepi. Biasanya geng masak tau lah page My Resepi nie, memang macam-macam resepi ada. Jom lah Kak Sue nak kongsikan resepi dengan korang pula jom..

Puding Koktail

Bahan-bahan :
1 peket Serbuk agar-agar(11gram saya tambah dalam 15gram)
2 biji Telur
4 cawan Air(saya tambah lagi 1/2 cawan)
1 cawan Gula
1/2 tin Susu Cair(saya masukkan 1 tin)
2-3 s/b Tepung Kastard
1 tin Fruit Koktail

Cara-cara :
Masak agar-agar dengan gula dan air hingga larut
Pukul telur dan campurkan tepung kastard,kacau rata dan ketepikan
Bila campuran agar-agar tadi larut,masukkan susu cair
Bila mendidih masukkan campuran telur dan kastard dan masukkan fruit koktail
Tutup api.Masukkan kedalam acuan atau loyang kegemaran.Sejukkan..lepas tu boleh la dihidangkan ya..

p/s - sentiasa kacau bancuhan tau


Post a Comment

4 Comments

  1. salam aida....
    mohon share resepi...nampak menarik

    ReplyDelete
  2. salam,,wah pandai mask rupanya..hi hi

    ReplyDelete
  3. wasalam..tak de la pandai sangat..masih belajar..hihi..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️