Puding Labu Berlapis Cendol

January 23, 2013

Assalamualaikum...apa khabar kawan-kawan semua hari nie..moga ceria saja hari nie no..ptg tadi terasa nak makan Puding la pulak..teringat pernah cuba resepi yang di ambil dari blog Kak Yah sebelum nie..so hari nie nak repeat la Puding Labu Berlapis Cendol ..tanpa berceloteh panjang mai la kita tgk resepinya..Shu adjust sikit resepi tang agar-agar tu no..pasal Shu guna agar-agar serbuk..maaf na Kak Yah menderhaka sat kat resepi..TQ jugak no share resepi nya..ehehe..

Bahan2~
Lapisan Bawah

10 gram Agar2 Serbuk
31/2 Mug air
3/4 Mug gula
1/2 Biji Labu~di rebus
1/2 Tin Susu Cair
1 sudu besar tepung kastard
2 biji Telur

Caranya
Labu di blender bersama susu cair,telur,tepung kastard dan sedikit garam sehingga hancur
Masak agar2 tadi hingga hancur..kemudian masukan gula
Lepas tu bila dah hancur bolehlah di masukkan bahan yg di blender tadi
Masak sehingga mendidih..Shu basahkan acuan dengan air supaya senang nak keluarkan agar2 nanti.
sejukkan ke dalam loyang atau bekas (ikut suka la nak mcm mana no)biar adunan beku sikit..

Lapisan Atas

10 gram Agar Serbuk
31/2 Mug Air
1/2 Tin Susu Cair
1/2 Mug Gula
Sebungkus Cendol
Sedikit Garam

Caranya
Masak agar2 hingga hancur dan masukkan gula
Masukkan Cendol (yang telah di bunag airnya dan di toskan)
Kacau perlahan-lahan
Masukkan susu cair dan sedikit garam
Masak hingga mendidih
Boleh lah di angkat dan msukkan ke dalam lapisan labu tadi perlahan-lahan no..Biarkan beku..
Dah sejuk dan beku boleh la di potong..Selamat Mencuba...







You Might Also Like

1 ulasan

  1. ❤ Assalamualaikum, tuan owner , saya nk mintak izin tumpang promote sikit ya.
    Wahai wanita, teringinkah kulit yang mulus dan gebu? Bersih dari jeragat dan kulti bercahaya? Jika ingin lawati lah blog saya! Sempena harga promosi masih berlangsung, cepat2 dapatkannya! Segala pertanyaan akan dilayan dengan mesra :)http://qistinaharisa.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.