Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa setiap tahun bila nak tiba bulan Ramadhan masing-masing berkongsi tempat-tempat menarik untuk berbuka kan. Kak Sue pun tak nak ketinggalan nak kongsi dengan korang Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort nie. Ada berbagai pilihan menu tau yang disediakan di Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort nie..

Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

Macam yang kita semua tahun 2024 bermula dengan pelbagai sambutan dan perayaan dari Tahun Baru yang meriah ke perayaan Thaipusam dan sambutan Tahun Baru Cina. Cuti sekolah penggal akhir pun tahun nie sama waktunya untuk penggal sekolah yang baru dan sambutan bulan puasa.
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

Bagi bulan puasa tahun ini, Bangi Golf Resort (BGR) dengan sukacitanya ingin memperkenalkan juadah Bufet Ramadan, dengan menampilkan pelbagai hidangan lazat dan minuman yang menyegarkan, dengan menggunakan bahan berkualiti serta yang pastinya pada harga yang sangat berpatutan di Bandar Baru Bangi.

Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
 
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

Macam biasa juga BGR menyediakan kegemaran klasik BGR seperti Kambing Golek (kambing yang dibakar secara perlahan), Sup Kambing Mamak yang wangi dan berempah (Sup masakan ala India), Sate Ayam buatan sendiri dengan pelbagai bahan sampingan sebagai pelengkap hidangan, dan kegemaran ramai iaitu: Telur Sous Vide dengan Mushroom Espuma. Yang nie kalau datang berbuka kat BGR harus kena cuba tau..

Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

Tak ketinggalan juga tumpuan utama di BGR adalah Nasi Kerabu, hidangan tradisional nasi berwarna biru yang diperbuat daripada Bunga Telang, dihidangkan bersama dengan pelbagai Ulam-ulaman yang dipetik dari Bangi Farm Resort milik mereka sendiri.

Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

Selain tu, ada tahun ini, terdapat menu tambahan baharu dalam menu mereka iaitu: Gyoza Goreng buatan sendiri dengan pelbagai sos istimewa, Bebola Daging Sweden dengan Sos Perang & Kentang Putar, Mantao Goreng dengan Sos Cili Ketam, Ayam Panggang Peri-Peri, Mee Hokkien Pulau Pinang, dan pelbagai pilihan lagi. 

Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

Korang juga boleh memilih pelbagai hidangan pencuci mulut yang disediakan termasuklah kuih tradisional, diantaranya ialah Serawa Durian dengan Pulut Kukus yang terkenal. Terdapat kira-kira 20 jenis pencuci mulut Barat yang terkini termasuklah beraneka jenis Brownies, Kek Span, Durian Puff, Chocolate Cream Puff, Kek Cawan, Mix Fruits Trifle, Tiramisu, dan Panna Cotta. Haaa.. memang menarik dan rambang mata tau kalau datang bahagian desert nie..

Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

BGR juga menawarkan beraneka juadah dan pilihan untuk semua peringkat umur. Untuk yang muda atau kekal muda di hati, terdapat pilihan Soft Serve Ice-Cream, Popcorn Karamel dan Gula-gula Kapas. Spanish Churros yang boleh dihias dengan Sos Marshmallow, Sos Coklat Pekat dan Butiran Pelangi sediaan sendiri yang kekal popular di kalangan pelanggan di BGR.

Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

Untuk makluman korang juga, BGR telah mendapat Sijil HALAL dari JAKIM semenjak tahun 2009 lagi tau. Selain itu juga, BGR telah dianugerahkan Sijil HACCP dan GMP pada tahun 2021. Ini menunjukkan komitmen mereka yang dalam menitikberatkan Halal Toyyiban, standard kebersihan dan keselamatan makanan yang tinggi untuk dapur mereka.

Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

Untuk parking pula, korang jangan risau sebab ada lebih 800 tempat letak kereta percuma dan Surau Lelaki dan Perempuan yang besar dan selesa.

Bufet Ramadan BGR akan mula beroperasi dari 13 Mac 2024 sehingga 8 April 2024 serta masih mengekalkan harga yang sama seperti tahun sebelum ini iaitu RM65.00 bagi dewasa dan RM32.50 bagi kanak-kanak. 

Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort
Buffet Warna Warni Ramadhan di Bangi Golf Resort

Harga diskaun bagi berkumpulan dan harga di luar waktu puncak boleh dibeli melalui laman web mereke tau. Nanti Kak Sue kongsi link kat bawah nie. Semua harga di atas adalah tertakluk kepada 6% SST. Haa.. cecepat lah tempah untuk berbuka nanti, papai.

Klik sini untuk tempah BGR Ramadhan Buffet 2024



Post a Comment

2 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️