Bunga Pokok Temu

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Bunga Pokok Temu pula dengan korang. Lama dah kan Kak Sue tak kongsi cerita pokok-pokok kat rumah Kak Sue nie. Sebenarnya kan, ini pertama kali Kak Sue tengok Bunga Pokok Temu nie tau. Cantik lah pulak dan bentuknya macam bentuk bunga kunyit pun ada kalau korang pernah tengok pokok bunga kunyit lah. Cuma bunga kunyit tak ada lah warna merah macam pokok temu nie, dia warna daun aja..

Bunga Pokok Temu
Bunga Pokok Temu

Bunga Pokok Temu

Haa.. jom Kak Sue nak cerita tentang Bunga Pokok Temu nie dengan korang jom. Sebenarnya kan, pokok Temu nie adalah sejenis ulam juga tau. Memang sedap kalau makan dengan sambal belacan. Baunya pun wangi dan rasa berangin. Dan biasanya untuk dibuat ulam kita guna ubi yang muda-muda. Kak Sue memang suka kalau ada ulam temu nie, memang bertambah-tambah selera makan tau.. hihihi..

Ubi pokok Temu nie sama aja macam bentuk kunyit juga. Cuma bezanya ubi kunyit warna oren kekuningan kan, yang ubi Temu nie berwarna kuning cair. Lupa pula Kak Sue nak ambik gambar hari tu. Lain kali kalau teringat Kak Sue masukkan gambar kat entri nie hokay.

Dan, bila Kak Sue google rupanya pokok Temu nie adalah sejenis pokok herba rupanya dan ada beberapa jenis pokok temu juga. Yang Abang Man tanam kat belakang rumah nie tak pasti pula Temu jenis apa. Benih pun ambil dari rumah mertua Kak Sue hari tu. Nanti balik kampung bila-bila boleh lah tanya kan pada Mak Abang Man. 

Selain ulam, dikatakan temu nie boleh juga digunakan untuk buat jamu. Dan dikatakan banyak juga khasiatnya. Patut lah antara pokok-pokok kat belakang rumah Mak tanam tu boleh dikatakan banyak pokok untuk bahan nak buat jamu. Ada pokok cengkur, pokok serai, pokok pandan dan macam-macam lagi lah yang Kak Sue tak ingat namanya. Nak guna bolleh petik aja belakang rumah. Berbudi pada tanah nie memang tak menghampakan. Jumpa lagi next entri ya.. papai!

Post a Comment

9 Comments

  1. sedap ni kak su buat ulam... ada bau wangi² sikit... aromanya tu lah yg sedap bila dikunyah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi, saya suka tengok pokok2 ni. Minat juga gardening tapi itulah tanah pula tiada. Main tanam2 dalam pasu sahaja. Kalau dapat tanam pokok2 yang ada gunanya ni lagi best.

    ReplyDelete
  3. kalau bunga kunyit warna putih...yang temu ni versi ada warna...cantik dibuat pagar hiasan

    ReplyDelete
  4. mcm bunga kunyit pun bagus byk khasiat juga

    ReplyDelete
  5. cantiknya Sue warna pink, rumah ni pernah berbunga tapi kuning tu kunyit kut ye bukan temu, lain kan hehe :)

    ReplyDelete
  6. Uncle first time bertemu pokok temu ni....

    ReplyDelete
  7. Cantik warnanya.. tapi Naniey tak pernah makan.. rasanya macam tak pernah tengok jugak.

    ReplyDelete
  8. ala2 temulawak ke ni? hikhik sori kak sue saya tak kenal pokok tapi bunga dia ni cantik la.. rupanya boleh dimakan ye

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️