Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Sambutan Ulang Tahun Little Caliphs® yang ke 20 Menerusi Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® baru-baru ini. Rasanya kebanyakkan korang dah tau, yang Little Caliphs® International Sdn Bhd (LCISB) nie adalah peneraju dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak kan. Little Caliphs® terus konsisten selama 20 tahun dan sampai lah sekarang nie, masih meneruskan komitmen untuk melahirkan kanak-kanak prasekolah yang cemerlang secara menyeluruh melalui modul The Little Caliphs® Program (TLCP). Haa.. bagus sangat kan..
Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® |
Sambutan Ulang Tahub Little Caliphs® yang ke 20 Menerusi Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs®
Jadinya, buat julung kalinya, Little Caliphs® telah menganjurkan Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® bersempena sambutan ulang tahun yang ke-20. Karnival yang cukup meriah ini, yang telah berlansung pada pada 2 Disember 2023 bertempat di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Acara ini bermula dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.
Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Puan Anfaal binti Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor disaksikan oleh Datuk Haji Roslan bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LCISB dan juga Datin Dr. Hh Sabariah Faridah binti Haji Jamaluddin, Ketua Pegawai Akademik (CAO) LCISB.
Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® |
Didalam ucapan perasmian YB Puan Anfaal binti Saari turut menyampaikan rasa bangga dan gembiranya terhadap pencapaian Tadika Little Caliphs® yang giat berusaha memberi pendidikan kepada anak-anak pra-sekolah yang seimbang dunia dan akhirat.
Aktivi Menarik di Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs®
Terdapat lebih 30 reruai menampilkan karnival makanan dan reruai pameran serta pelbagai aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan seperti inflatable castle, face painting, Jenga gergasi, cabutan bertuah dan banyak lagi.
Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® |
Pengunjung juga dapat menelusuri perjalanan 20 tahun yang menakjubkan oleh LCISB menerusi history timeline wall yang dipamerkan. Kita boleh lihat bagaimana pencapaian Little Caliphs® yang berkembang selama 20 tahun.
Persembahan oleh Aniq Muhai bersama kanak-kanak dari tadika Little Caliphs juga antara tarikan. Begitu juga dengan Parenting Talk oleh Datin Hajjah Sabariah Faridah binti Jamaluddin, Pengasas Little Caliphs® bersama Ustaz Adnin bin Roslan, Pempengaruh Media Sosial, dan penampilan istimewa maskot Amir dan Amirah antara aktiviti yang menjadi tarikan pengunjung di karnival ini.
Bersempena dengan karnival nie juga mereka memperkenal maskot yang diberi nama Àmir dan Amirah ini. Ia adalag hasil idea nama untuk maskot nie dari Datin Dr. Hh Sabariah Farudah binti Haji Jamaluddin, Ketua Pegawai Akedemik (CAO) LCISB yang mempunya maksud yang baik dan istimewa sesuai dengan Little Caliphs® sendiri. Yang menariknya lagi maskot Amur dan Amirah ini juga akan menjelajah ke semua cawangan Little Caliphs® di seluruh Malaysia dan mungkin juga akan ke cawangan lain yang berada di luar negara seperti Indonesia.
Kak Sue juga nak ucapkan tahniah kepada semua team Little Caliphs® sepanjang tempoh 20 tahun nie, mereka dah ada hampir 500 buah rangkain tadika di seluruh Malaysia dan 3 buah di Indonesia dengan jumlah hampir 40,000 orang pelajar keseluruhannya menurut kata Datuk Haji Roslan bin Nordin iaitu Pengasas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LCISB.
0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️