Sanah Helwah Adik Sayang

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa setiap tahun, sehari selepas tarikh hari lahir Ibu, esoknya giliran hari lahir Ustaz Kecik Ibu si Adik pula. Sanah Helwah Adik Sayang. Tup-tup tahun nie dah nak ambik SPM dah haa Ustaz Kecik Ibu.. dah tak kecik sangat dah.. hehehe. Doa Ibu semoga Adik sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah, menjadi anak yang baik dan soleh dan semoga dikurniakan semua yang terpaling baik untuk Adik, dunia dan akhirat hokay..

Sanah Helwah Adik Sayang
Sanah Helwah Adik Sayang


Sanah Helwah Adik Sayang

Dan macam biasa Kak Sue harus nak letak entri hari-hari istimewa Kak Sue sekeluarga kat blog kesayangan Kak Sue nie. Nanti kalau rasa rindu bila Kak Sue dah tak ada boleh anak-anak atau suami datang baca tulisan Kak Sue kat sini.

Sanah Helwah Adik Sayang
Sanah Helwah Adik Sayang


Macam biasa juga setiap tahun, sikit sebanyak nak juga buat surprised untuk Ustaz Kecik Kak Sue nie. Dah jadi kemestian dah, bila tiba tarikh hari lahir ahli keluarga sekurang-kurangnya, mesti kena ada kek dan hadiah tanda ingatan dan kasih sayang. Bil tak buat rasa macam lain pulak sebab dah terbiasa dari mereka kecil lagi..

Tahun nie pun plan juga nak makan-makan, tapi Abang Man, Abang dan Kakak busy dengan kerja. Pulak tu masa tengok kalender hari tu tarikh hari lahir Adik jatuh hari Isnin. Tak tau pula jatuh harì cuti umun. Cuma Alhamdullilah, Adik boleh balik bermalam dirumah masa hari lahir Adik tu. Tak apa lah nanti kita plan hari cuti yang lain pula..

Sanah Helwah Adik Sayang
Sanah Helwah Adik Sayang


Apapun, sebelum menutup entri selagi lagi Ibu nak ucapkan Sanah Helwah Ustaz Kecik Anje Ibu. Walapun dah besar tapi masih manjah tau.. hehehe.. Semoga semua yang Adik inginkan dimakbulkan Allah dan semoga Allah kurniakan semua yang terbaik untuk Adik dunia dan akhirat ya nak.. Aamiin Ya Rabb.. Ya Mujib.. Doa dan redha Ibu akan sentiasa bersama Adik.. Ibu love you sampai syurga Allah Anje Ibu.. 🤍



 

Post a Comment

3 Comments

  1. tinggi dh anak kaksue....happy belated birthday..date birthday sama papa amy....lama tk mkn cheesetart

    ReplyDelete
  2. Dekat2 tarikh lahir Kak Su dgn anak bongsu tu ye. Selamat hari lahir buat Kak Sue dan Ustaz Kecik Kak Sue. Semoga dalam rahmat Allah selalu 🌹

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️