Tasneem HOME Centre Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi satu berita menarik untuk korang iaitu Tasneem HOME Centre Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah. Haa.. macam best aja Tasneem HOME Centre Program Inisiatif Perniagaa buat Suri Rumah nie kan. Tambah mak-mak macam kita nie, sambil duduk rumah boleh juga kita menambahkan pendapatan dan membantu dari segi kewangan kan. Jom Kak Sue kongsikan lagi kat bawah nie jom..


Tasneem HOME Centre Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah
Tasneem HOME Centre Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah


Tasneem HOME Centre Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah

Sebelum Kak Sue nak bercerita lebih lagi tentang Tasneem HOME Centre Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah nie dengan korang, Kak Sue nak kongsikan dulu tentang Tasneem nie dulu dengan korang hokay..

Tasneem HOME Centre Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah
Sebahagian dari pengedar Tasneem Naturel yang mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre

Tasneem Business Legacy nie adalah sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, mereka juga dengan bangganya telah mengumumkan dan melancarkan sebuah inisiatif terbaru untuk pengedar sah mereka melalui program yang dinamakan Tasneem HOME Centre.

Tasneem HOME Centre nie adalah satu inisiatif perniagaan yang menyasarkan pembukaan pusat jualan perniagaan Tasneem Naturel yang beroperasi dari rumah sama ada di lokasi bandar atau luar bandar.  

Setiap Tasneem HOME Centre berdaftar akan diberikan bahan pemasaran secara PERCUMA tau.. ia terdiri daripada bunting, catalog, flyers, car window sticker, beg plastik berlogo dan kad perniagaan dengan memaparkan wajah pemilik Tasneem HOME Centre itu sendiri. Wah.. menarik kan..


Tasneem HOME Centre Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah
Tasneem HOME Centre Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah


Selaras dengan objektif syarikat untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Naturel juga mengalu-alukan kepada mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai pengedar sah Tasneem Naturel secara percuma dan bergerak ke hadapan menjana pendapatan yang lebih baik.

Pihak Tasneem Naturel juga berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pengedar Tasneem Naturel yang berjaya dan menjadikan program Tasneem HOME Centre ini lebih berkembang dan menjadikan ramai pengedar Tasneem lebih mudah dicari seterusnya produk Tasneem lebih mudah didapati.

Okay.. jom Kak Sue nak kongsi kelebihan menjadi Tasneem HOME Centre pula dengan korang jom..


Tasneem HOME Centre Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah
Antara yang hadir pada hari pelancaran dan menerima marketing tools percuma.


Kelebihan Menjadi Tasneem Home Centre

1. Mudah

Dengan menjadi salah satu Tasneem HOME Centre, ia akan dapat memudahkan pelanggan Tasneem Naturel mendapatkan produk secara terus dan cepat di kawasan terdekat mereka.

2. Jimat

Menjadi Tasneem HOME Centre akan menjimatkan masa dan kos penghantaran kepada pelanggan kerana belian boleh dibuat secara bersemuka seperti pembelian di kedai.

3. Senarai

Pihak HQ akan senaraikan lokasi Tasneem HOME Centre yang berdaftar di website rasmi untuk memudahkan pelanggan mencari lokasi Tasneem HOME Centre yang hampir dengan mereka.

4. Pamer

Semua lokasi Tasneem HOME Centre yang berdaftar akan dipamerkan di dalam Google Maps dan aplikasi Waze bagi memudahkan pelanggan mencari dan ke lokasi Tasneem HOME Centre terdekat.

5. Hadiah

Hadiah menarik ditawarkan kepada setiap Tasneem HOME Centre yang berjaya mencapai nilai restock tertentu bagi membantu lagi perniagaan.

6. Bimbingan

Setiap Tasneem HOME Centre akan dapat bimbingan dan bantuan dari semasa ke semasa oleh Founder dan pihak pengurusan HQ bagi membantu menaikkan lagi perniagaan.

7 Pemasaran

Marketing Tools PERCUMA untuk Tasneem HOME Centre berdaftar sebagai alat untuk pelanggan mengetahui kewujudan Tasneem HOME Centre berdekatan mereka.

Haa.. sekarang Kak Sue nak kongsi syarat-syarat kelayakan untuk Tasneem HOME Centre nie pula. Ada dua kategori sebenarnya tau korang, Tasneem HOME Centre dan Tasneem HOME Centre Mini.


Tasneem HOME Centre Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah
Tasneem HOME Centre Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah


Syarat Kelayakan Tasneem HOME Centre

1. Permohonan untuk menjadi Tasneem HOME Centre adalah terbuka kepada ranking Junior Leader, Exec Leader dan Master Leader.

2. Mereka yang mahu mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre perlu membuat nilai restock minimum RM2,000 (2 bulan berturut) untuk layak mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre.

3. Setiap Tasneem HOME Centre yang mahu didaftarkan hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak HQ. Pendaftaran hendaklah melalui proses permohonan dengan pihak HQ. Sesi temubual (interview) akan dilakukan sebelum apa-apa kelulusan diberikan.

4. Mereka yang lulus memegang status Tasneem HOME Centre, WAJIB membuat nilai restock minimum RM2,000 (1 bulan) untuk terus mengekalkan status dan nama mereka tetap tersenarai di web Tasneem Naturel.

5. Bagi mereka yang tidak membuat nilai minimum seperti yang dinyatakan, nama mereka akan DIGUGURKAN dari website dan status sebagai Tasneem HOME Centre akan DITARIK.

6. Konsisten dan komited menghadiri kelas dan latihan yang disediakan oleh pihak HQ bagi membantu meningkatkan jualan sebagai Tasneem HOME Centre.


Tasneem HOME Centre Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah
Pengedar Sah yang mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre bersama marketing tools percuma mereka


Syarat Kelayakan Tasneem HOME Centre Mini

1. Permohonan untuk menjadi Tasneem HOME Centre Mini adalah terbuka kepada ranking Partner sahaja.

2. Mereka yang mahu mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre Mini perlu membuat nilai restock minimum RM1,000 dan restock minimum RM500 pada bulan berikutnya untuk layak mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre Mini.

3. Setiap Tasneem HOME Centre Mini yang mahu didaftarkan hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak HQ. Pendaftaran hendaklah melalui proses permohonan dengan pihak HQ. Sesi temubual akan dilakukan sebelum apa-apa kelulusan diberikan.

4. Mereka yang lulus memegang status Tasneem HOME Centre Mini. WAJIB membuat nilai restock minimum RM500 (1 bulan) untuk terus mengekalkan status dan nama mereka tetap tersenarai di web Tasneem Naturel.

5. Bagi mereka yang tidak membuat nilai minimum seperti dinyatakan, nama mereka akan DIGUGURKAN dari website dan status sebagai Tasneem HOME Centre Mini akan DITARIK.

6. Konsisten dan komited menghadiri kelas dan latihan yang disediakan oleh pihak HQ bagi membantu meningkatkan jualan sebagai Tasneem HOME Centre Mini.

Bagi korang yang berminat boleh lah daftarkan diri menjadi pengedar sah Tasneem Naturel dan daftar sebagai Tasneem HOME Centre untuk dapatkan banyak manfaat perniagaan.

Kalau korang nak cari produk Tasneem Naturel, klik link kat bawah untuk ke Tasneem HOME Centre terdekat korang..

 


Post a Comment

1 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️