Salam Maal Hijrah 1445H | 2023

Assalamualaikum, hai semua. Salam Maal Hijrah korang. Hari nie kita dah menyambut tahun baru dalam bulan Islam iaitu 1 Muharram atau Maal Hijrah, bersempena dengan memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah..

Salam Maal Hijrah 1445H | 2023
Salam Maal Hijrah 1445H | 2023


Salam Maal Hijrah 1445H | 2023

Bermula petang semalam, rata-rata ustaz dan istiazah berkongsi amalan sunat dan juga doa akhir dan awal tahun untuk kita sama-sama baca selepas waktu Asar untuk akhir tahun dan juga selepas waktu Maghrib untuk awal tahun. Tak salah pun kalau kita luangkan sedikit masa untuk berdoa dari tak buat apa-apa tu kan..

Sempena Maal Hijrah tahun nie juga Kak Sue berharap Kak Sue dapat menghijrahkan diri dan juga keluarga tersayang agar lebih baik lagi dari tahun yang sebelumnya. Ya lah, kita nie semua manusia biasa yang tak lepas dari khilaf dan dosa setiap hari.

Setiap kata-kata, penulisan dan perbuatan kita harus lah berlandaskan kebaikan dan memberi manfaat kepada orang lain. Zaman sekarang bukan dosa mulut saja tapi jari dan penulisan kita di media sosial juga bakal ditanya nanti semuanya. Jadi lebih baik lah kita berkongsi perkara yang baik-baik dan memberi manfaat pada orang lain..

Kak Sue pun sekarang dah mula cuba nak kurangkan masa atau perkongsian kat media sosial. Mungkin faktor umur agaknya kan, dah tak bersemangat macam dulu dah. Lebih suka menghabiskan masa dengan keluarga, kerja rumah dan berkebun sekarang nie..

Semoga Maal Hijrah kali nie menjadikan kita sebagai hambaNya yang lebih baik lagi dari sebelumnya. Dan semoga Allah terima setiap amalan kita. Kak Sue juga mohon ampun dan maaf andai ada tersalah atau tersilap kata, penulisan dan perbuatan. Semoga kita terus istiqomah perbaiki diri dan amal untuk menjadi hamba yang lebih baik lagi.. Aamiin Ya Rabb..


Post a Comment

8 Comments

  1. Salam maal hijrah..moga yg baik2 saja utk kita semua..aamiin

    ReplyDelete
  2. Salam Maal Hijrah kak...Moga doanya termakbul..

    ReplyDelete
  3. Semoga jadi tahun yang cemerlang!

    ReplyDelete
  4. Salam Maal Hijrah Kak Sue 💖

    ReplyDelete
  5. Salam Maal Hijrah Kak Su...

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas pesanan Sue, salam muharam 1445H

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru kak sori lambat wish

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️