Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf di Shah Alam pula dengan korang. Haa.. mana yang plan nak buat persiapan awal tahun nie nanti boleh dah mula shopping sekarang nie. Ada pelbagai pilihan koleksi baju raya di Butik Aisy Asyraf di Shah Alam nie tau. Bak kata orang sekarang nie awai tak kalut.. haa, gituu..

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam


Pelbagi Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf di Shah Alam

Sebelum Kak Sue nak kongsi dengan korang pelbagai pilihan koleksi baju Raya di Butik Aisy Asyraf di Shah Alam nie, Kak Sue nak kongsi dulu sedikit info tentang Butik Aisy Asyraf nie. Butik dan jenama Aisy Asyraf nie sebenarnya diilhamkan bersempena nama Imam Muda Asyraf iaitu Juara Imam Muda Musim 1 yang digabungkan dengan nama anak beliau iaitu Aisy Raihan. Bila digabungkan maka jadi lah Aisy Asyraf..

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Butik Aisy Asyraf nie adalah sebuah Butik Fesyen Lelaki kontempirari dengan rekaan moden dan terkini mengikut peredaran masa, kira ikut trend lah kan. Mula beroperasi pada tahun 2015 dan sekarang nie Butik Aisy Asyraf mengorak langkah dengan pembukaan 5 cawangan butik di Malaysia iaitu di Bangi, Shah Alam, Angsana JB Mall, Bertam dan Bukit Jambul, Penang. Dan untuk tahun nie Butik Aisy Asyraf terus maju dengan pembukaan cawangan baru di luar negara, di Pattani, Thailand pula. Ahamdullilah.. tahniah ya untuk Imam Muda Asyraf dan team..

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Berbalik pada cerita cari baju raya nie, kita pun tak berapa hari lagi dah nak sambut bulan Ramadhan dan seterusnya sambutan Raya pula nanti kan. Jadi bagi korang yang plan nak mencari baju Raya awal boleh lah singgah ke Butik Aisy Asyraf di cawangan-cawangan yang Kak Sue kongsikan kat atas tadi. Boleh aja singgah kat butik yang berdekatan dengan rumah korang..

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Untuk info korang, koleksi pakaian kat Butik Aisy Asyraf nie direka khas secara eksklusif dengan potongan istimewa supaya si pemakai nampak selesa dan bergaya, tak panas dan sesuai kalau kita nak pakai sepanjang hari pun. Selain pemakaian untuk Hari Raya, pakaian kat sini juga memang sesuai untuk majlis keraian atau mana-mana majlis. Viarasi rekaan yang pelbagai dengan harga yang berpatutan memang buat kita rambang mata nak buat pilihan tau..

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Macam Kak Sue sendiri, tahun nie nak cuba pakaian kat Butik Aisy Asyraf nie. Jadi Kak Sue terus ke Butik Aisy Asyraf cawangan Shah Alam sebab tak jauh sangat dari rumah Kak Sue. Sambil nak membeli barangan lain tu kan, memang sedang elok lah singgah carikan baju untuk Ustaz Kecik Kak Sue tu. Kebetulan memang Ustaz Kecik Kak Sue kerap pakai kurta untuk pakaian harian ke sekolah. Jadi lepas raya nanti boleh lah pakai ke sekolah pula..

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Butik Aisy Asyraf nie ada banyak pilihan baju melayu, kurta dan jubah tau korang. Ada juga pilihan Baju Melayu dan Kurta sendondon untuk ayah dan anak sempena raya nie untuk korang pilih. Saiz pula bermula dari normal saiz, iaitu dari S hingga 3XL dari umur 2 tahun hingga lah dewasa dan untuk plus saiz dari saiz 4XL hingga 7XL. Haa.. korang tak perlu risau dah tentang saiz bila nak mencari baju kat sini nanti okay. Dan selain tu juga ada lebih 27 pilihan warna yang boleh korang pilih..

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Biasanya hari Raya harus lah kita nak juga berbaju Melayu selain kurta kan. Haa.. kat Butik Aisy Asyraf nie ada dua pilihan baju Melayu sekarang nie iaitu Baju Melayu Tilka dan Baju Melayu Adika. Beza antara dua baju melayu nie ada satu cekak musang dan satu lagi ber teluk belanga. Ada banyak pilihan warna dan kain pun cotton yang ironless, tak panas dan senang kerja kita tak payah nak mengosok bagai. Plus ada sale sekarang nie tau, tu yang best tu..

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Selain tu, untuk raya nanti, ada juga rekaan terbaru kurta yang menarik yang boleh korang pilih, seperti Kurta Narz, Kurta Izzi, Kurta Zayne dan banyak lagi. Kurta kat sini juga ada pilihan untuk lengan panjang dan lengan 3/4. Ada yang berkolar Johor dan juga cekak musang, selain tu ada poket dikanan dan kiri baju, butang yang tersembunyi, ada potongan slim fit dan biasa, dan juga fabrik yang selesa dan tak panas. Haa.. menarik kan..

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Akhir sekali, selain kurta, baju melayu dan jubah korang juga boleh dapatkan barangan lain kat Butik Aisy Asyraf Shah Alam nie. Antaranya samping, songkok, butang baju melayu dan minyak wangi jenama Aisy Asyraf. Senang dah semua ada dalam satu tempat jimat masa dan tenaga..

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Anak Kak Sue si Ustaz Kecik tu pun memang suka sangat pilihan kurta kat sini. Dah grab dah Kurta Zayne untuk raya nanti. Korang yang mana plan nak cari baju raya boleh lah datang sini nanti atau ke cawangan berdekatan dengan tempat korang. Kalau korang malas nak keluar boleh aja beli secara online hokay..

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Harga Baju Melayu & Kurta di Butik Aisy Asyraf

Jom nak cerita bab harga pula dengan korang. Macam Kak Sue cakap kat atas tadi yang Baju Melayu sekarang nie tengah ada harga sale, dari RM239.00 korang boleh dapat harga RM100 lebih sahaja dari harga asal. Untuk kurta pula ada harga promo RM99 sahaja. Baju Melayu untuk kanak-kanak pun ada sale juga tau, dari RM199, korang boleh dapat harga RM99 aja. Haaa.. banyak dah potongan harganya tu, memang berbaloi kalau korang nak beli sekarang..

Untuk cawangan Shah Alam nie korang akan dapat kotak dan paper bag untuk setiap pembelian hokay. Selamat membeli belah korang..

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya di Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Waktu Operasi :

Buka setiap hari 11 pagi to 8 malam

Senarai waktu operasi bulan ramadhan:

1 Ramadhan - 5 Ramadhan
10:00am ~ 6:00pm

6 Ramadhan - 13 Ramadhan
10:00am ~ 6:00pm
8:00pm~ 10:00pm

14 Ramadhan - 30 Ramadhan
10:00am ~ 6:00pm
8:00pm ~ 12.00pm


Alamat Butik Aisy Asyraf Shah Alam

Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf
No 18a, Jalan Plumbum Q7/Q, Sekyen u, 40000 Shah Alam, Selangor.

Landmark : Atas Restoran Jemari.
Berhadapan Bazaar @Seven Shah Alam.

📞 019 8208210
🖥️ www.aisyasyraf.com




Post a Comment

6 Comments

  1. SA memang beli baju untuk Pak Zain kat sini..dia suka sebab selesa sangat...selalau terjah cawangan Bangi

    ReplyDelete
  2. cantiklah baju hitam yg belang tu kak sue

    ReplyDelete
  3. Nampaknya banyak pilihan baju raya

    ReplyDelete
  4. Cantik cantik koleksi baju melayu dan kurta yang ada kat sini

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️