Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Assalamualaikum, hai semua. Diam tak diam kita dah nak sambut bulan Ramadhan dah tak lama lagi kan. Harus ada yang plan nak berbuka kat luar nanti, haaa.. sebab tu Kak Sue nak kongsi Buffet Ramadhan dengan Tema Nostalgia Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam nie dengan korang. Memang semua pilihan makanan kat sini sedap belaka, memang berbaloi sangat tau. Jom kita tengok menu apa yang disediakan dalam Buffet Ramadhan dengan tema Nostalgia Ramadhan kali nie di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam nie jom..

Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan


Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Kali nie Mardhiyyah Hotel & Suites telah menyediakan menu berbuka puasa bersempena dengan tema Nostalgia Ramadhan dengan pelbagai hidangan tradisional masa silam pilihan tradisi Melayu yang mengimbau kembali kenangan berbuka puasa bersama keluarga dan sanak saudara.

Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan

Korang bakal dihidangkan dengan lebih 100 pilihan menu di sajian bufet Ramadhan yang menyelerakan dan antara hidangan utama tempatan seperti Gulai Lemak Padang Urat Keting, Siakap Berlada Nenas, Rendang Kambing dan Daging Hitam Manis.

Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan

Selain daripada itu , Restoran Royale Songket juga menyediakan pelbagai stesen seperti Salad & Kerabu Warisan, Salai & Panggang, stesen Satay, Kawah-Kawah, Belanga Panas, Selera Sakura, Nasi Kandar, Baazar Hot Selling, Bazaar Minuman dan juga pemanis mulut.

Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan

Untuk menambah kepelbagai makanan warisan, stesen Kawah-Kawah harus menjadi pilihan korang, antaranya variasi gulai seperti Gulai Kawah Daging Bersama Umbut Kelapa, Gulai Kawah Lemak Cili Padi Itik Bersama Rebung dan Gulai Kawah Asam Pedas Ikan Bersama Terung. Korang juga boleh menikmati menu Bazaar kegemaran semua seperti Roti John, Briyani Ayam, Pratha, Murtabak Ayam, Satay Ayam dan Satay Daging.

Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan

Akhir sekali, tak dilupakan bahagian pemanis mulut, iaitu Ais Kacang, Bubur Pulut Hitam, Sago Gula Melaka, Red Velvet, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Green Tea Cake, Kuih Seri Muka, Kuih Koley Kacang, Kuih Talam Pandan, Bread & Butter Pudding, Chocolate Fountain dan Fruits Stewer yang pastikan melengkapkan pengalaman bufet iftar korang. Tak lupa juga disediakan minuman panas dan sejuk.

Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan

Korang yang mana plan nak berbuka atau iftar kat sini secara private group, MHS juga menyediakan Private Function bermula pada 23 Mac 2023 hingga 20 April 2023 dengan harga RM 128.00 seorang.

Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan

Bagi mengisi keberkatan malam Ramadan, tetamu juga boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di Surau Al-Latifah di Aras 4. Tetamu yang menginap di hotel turut berpeluang bersahur serta menunaikan solat subuh secara berjemaah. Haa.. tak perlu nak risau dan bab solat nie kan semua dah disediakan dah kat sini..

Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan

Korang juga harus rebut peluang untuk harga istimewa atau early bird dengan harga RM125.00 untuk dewasa di Bufet Ramadhan Royale Songket. 

Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan

Bufet Nostalgia Ramadan ini bermula pada 24 Mac 2023 hingga 20 April 2023 di Restoran Royale Songket dengan harga serendah RM 100.00 untuk kanak-kanak (6-12 tahun), RM 120.00 untuk warga emas (60 tahun dan ke atas) manakala untuk dewasa adalah RM 155.00. Sementara itu, harga bufet Ramadan untuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum berharga RM 222.00 bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak di Restoran Royale Songket.

Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan

Selain Royale Songket, Restoran Cina Tung Yuen juga merupakan lokasi lain di sini untuk pengunjung berbuka puasa. Lokasi berbuka puasa ini dibuka pada 31 Mac 2023 hingga 20 April 2023 berharga RM125.00 untuk dewasa, RM 105.00 untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM 85.00 kanak-kanak.

Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Buffet Ramadhan Dengan Tema Nostalgia Ramadhan

Borak Borak Cafe & Lounge turut menjadi lokasi berbuka puasa dengan mengetengahkan set Timur Tengah. Lokasi berbuka puasa ini dibuka pada 31 Mac 2023 hingga 20 April 2023 berharga RM 90.00 untuk dewasa dan RM 65.00 untuk kanak-kanak.

Promosi Tempahan awal (Early Bird) (11 Januari 2023 – 19 Mac 2023)

RM 125.00 dewasa sahaja*Hanya di Restoran Royale Songket

Restoran Royale Songket 

2 Ramadan - 29 Ramadhan 1444H

(24 Mac 2023 – 20 April 2023)

RM 155.00 Dewasa

RM 120.00 Warga Emas (60 tahun ke atas)

RM 100.00 Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Sabtu, Ahad & Cuti Am

RM 222.00 (1 Dewasa & 1 Kanak-Kanak)

*Hanya di Restoran Royale Songket

Restoran Cina Tung Yuen 

9 Ramadan – 29 Ramadan 1444H

(31 Mac 2023 – 20 April 2023)

RM 125.00 Dewasa

RM 105.00 Warga Emas (60 tahun ke atas)

RM 85.00 Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Borak Borak Café & Lounge

9 Ramadan – 29 Ramadan 1444H

(31 Mac 2023 – 20 April 2023)

RM 90.00/set Dewasa

RM 65.00/set Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Promosi Private Function (24 Mac 2023 – 20 April 2023)

RM 128.00 seorang

Ramadan Staycation

(23 Mac 2023 – 21 April 2023)

Bilik Deluxe dengan Sahur RM 270.00 (satu malam)

Diskaun 10% Bufet Ramadan di Royale Songket untuk dewasa sahaja (24 Mac 2023 – 20 April 2023)

Pakej Full-Day Meeting

(24 Mac 2023 – 20 April 2023)

Bilik Mesyuarat, Kemudahan Standard & Bufet Berbuka Puasa

RM 190.00 (minima 20 orang)

Pakej Half-Day Meeting

(24 Mac 2023 – 20 April 2023)

Bilik Mesyuarat, Kemudahan Standard & Bufet Berbuka Puasa

RM 175.00 (minima 20 orang)

Haa.. dah tau kan harga dan promosi yang ada sepanjang bulan Ramadhan nanti kan. Korang yang mana nak buat tempahan boleh  hubungi 019-273 6801, 019-263 9801, 019-275 7801, 019-616847 atau e-mel sales@mardhiyyahhotel.com tau. Selamat menjamu selera korang..



Post a Comment

4 Comments

  1. Jemput join ^^ https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/02/segmen-pencarian-model-lukisan-digital.html

    ReplyDelete
  2. menu best2 kat Mardhiyyah ni :)

    ReplyDelete
  3. sedap2 smua menu....meriah kan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️