Resepi Air Asam Cabai Picit

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Air Asam Cabai Picit pula dengan korang. Haa.. korang yang suka dengan masakan kampung harus kena cuba Resepi Asam Cabai Picit nie tau. Menu paling ringkas tapi boleh buat kita menambah nasi kalau dah layan menu yang satu nie..

Resepi Air Asam Cabai Picit
Air Asam Cabai Picit


Resepi Air Asam Cabai Picit

Kalau keluarga Kak Sue lah kan, cukup dah makan tengahari kami kalau ada Air Asam Cabai Picit macam nie, Ikan Goreng Garing dengan ulaman. Memang tau dah berselera kami sekeluarga akan makan siap bertambah-tambah lah nasi. Dan selalunya kalau lauk macam nie memang kena masak nasi lebih sikit dari biasa.

Air Asam Cabai Picit nie kan, lawannya dengan ikan kembung yang direbus atau dibakar. Tapi korang boleh aja pilih ikan yang korang suka, ikut selera masing-masing kan. Kemudian terung pun dibakar dan sama juga, korang boleh juga pilih mana-mana ulam kesukaan korang. Kemudian campur ja semua sekali dalam satu pinggan, makan dengan nasi panas-panas. Memang terangkat! Okay lah jom tengok bawah nie cara nak buat Air Asam Cabai Picit nie jom..

Air Asam Cabai Picit
Bahan :
12 biji cili padi *
1 ketul belacan - besar ibu jari *
1 sudu besar asam jawa Adabi *
1 biji limau kasturi
Sedikit garam dan gula
Sedikit serbuk perasa
Sedikit air

Cara :
Picit semua bahan yang bertanda *
Masukkan gula, garam dan serbuk perasa
Kemudian masukkan sedikit air
Akhir sekali picitkan limau kasturi
Kalau ada yang kurang boleh tambah

Bahan lain :
Ikan kembung - direbus atau dibakar
Terung - dibakar

Campurkan Air Asam Cabai Picit dengan Ikan Kembung tadi dengan terung atau pilihan ulam yang lain, sedia untuk dihidangkan.



Post a Comment

10 Comments

  1. Sedap ni. Nak2 kalau makan dengan ikan bakar! Fuhhh...terangkat!

    ReplyDelete
  2. Uishhhhh sedap tu Kak Sue. Memang boleh buat bertambah nasinya. ;)

    ReplyDelete
  3. Okay nak try buat.confirm sedap

    ReplyDelete
  4. Sodap ni. Makan panas2. Boleh bertambah tak sedar. Hihi

    ReplyDelete
  5. wah, simple je. menu pun sihat tapi menyelerakan.

    ReplyDelete
  6. aduyai sedapnye tu, makan dgn nasi panas aududduu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️