Ustaz Kecik Dah Mula Sesi Sekolah Untuk Pelajar Fast Track SPM

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi yang Ustaz Kecik Dah Mula Sesi Sekolah Untuk Pelajar Fast Track SPM dah minggu lepas. Diam tak diam dah nak SPM dah Ustaz Kecik Kak Sue tu, bersemangat betul nampaknya bila tukar ke aliran akademik tahun nie. Agaknya nampak ramai kawan sebaya dah masuk pra SPM tahun lepas kan, jadinya tahun nie dah ada lah geng sebaya..

Ustaz Kecik Dah Mula Sesi Sekolah Untuk Pelajar Fast Track SPM
Ustaz Kecik Dah Mula Sesi Sekolah Untuk Pelajar Fast Track SPM


Ustaz Kecik Dah Mula Sesi Sekolah Untuk Pelajar Fast Track SPM

Sebenarnya sebelum nie anak bongsu Kak Sue si Ustaz Kecik atau Adik nie dah berkali minta izin nak tukar ke pra SPM tahun lepas, tapi Ustaz, Abang Man dan Kak Sue minta Ustaz Kecik teruskan dulu kelas hafazan. Kata Ustaz setakat nie, untuk hafazan Ustaz Kecik lah paling banyak hafazannya dan dapat sijil pelajar berpontensi tahun lepas. Dan Ustaz Kecik juga antara pelajar yang terpilih menerima bantuan biasiswa untuk tahun lepas. Syukur, alhamdullilah..

Ustaz Kecik Dah Mula Sesi Sekolah Untuk Pelajar Fast Track SPM
Ustaz Kecik Dah Mula Sesi Sekolah Untuk Pelajar Fast Track SPM

Jadinya, bila dibuka aja sesi untuk pelajar Fast Track SPM di sekolah tahfiz Ustaz Kecik, terus lah Ustaz Kecik tagih janji nak daftar ke kelas Fast Track SPM tahun nie. Makanya minggu lepas dah selesai dah buat pendaftaran dan Ustaz Kecik dah mula sesi orentiasi kelas dah, lepas tu ada kelas suai kenal untuk pelajar Fast Track SPM 2023.

Ustaz Kecik Dah Mula Sesi Sekolah Untuk Pelajar Fast Track SPM
Ustaz Kecik Dah Mula Sesi Sekolah Untuk Pelajar Fast Track SPM

Buat masa nie semua pelajar tahfiz Ustaz Kecik masih belajar di bangunan lama di kawasan perumahan Kak Sue duduk nie lagi. Tapi katanya bermula bulan Mac nanti semua pelajar akan berpindah satu bangunan khas di  kawasan Ijok, Kuala Selangor.

Kira-kira dalam 20 minit juga lah kalau Ustaz Kecik nak ke sana nanti. Tapi rasanya Kak Sye dan Abang Man masih kekalkan Ustaz Kecik sèbagai status pelajar ulang alik lagi. Rasa macam tak sedia lagi nak izinkan Ustaz Kecil tinggal kat asrama macam dulu..

Ustaz Kecik Dah Mula Sesi Sekolah Untuk Pelajar Fast Track SPM
Ustaz Kecik Dah Mula Sesi Sekolah Untuk Pelajar Fast Track SPM
(Gambar dari Aitaf)

Diharap semuanya berjalan lancar dan dimudahkan semua urusan untuk pihak pengurusan, Ustaz, Ustazah, Cikgu dan juga semua pelajar tahfiz di Aitaf nie. Terima kasih banyak juga pada yang semua yang terlibat membantu, membimbing dan mengajar anak-anak tahfiz dari pelbagai sekolah tahfiz dan dikumpulkan di Aitaf nie untuk mencapai keputusan yang baik dan cemerlang untuk SPM nanti.. Aamiin Ya Rabb..

Aitaf nie antara sekolah tahfiz yang ada sediakan peperiksaan SPM untuk pelajar-pelajar tahfiz yang nak ambil SPM. Bak kata Ustaz Amirul, dia kurang gemar dan cukup pantang kalau ada orang yang bercakap budak tahfiz nie tak ada masa depan sebab tak belajar akademik. Sebab tu kalau boleh memang pihak pengurusan Aitaf nie nak pastikan anak- anak yang berdaftar kat sini semua berjaya dapat keputusan yang baik dan cemerlang. 

Ustaz Kecik Dah Mula Sesi Sekolah Untuk Pelajar Fast Track SPM
Ustaz Kecik Dah Mula Sesi Sekolah Untuk Pelajar Fast Track SPM
(Gambar dari Aitaf)

Akhir sekali, sebelum Kak Sue tutup entri kali nie, Kak Sue dan Abang Man tak ada pun letak target apa-apa untuk keputusan SPM Ustaz Kecik nanti, dah dapat sijil  dan lulus SPM pun dah cukup bersyukur dah. Tapi kalau dikurniakan keputusan baik dan cemerlang memang satu bonus lah untuk kami nanti. Allah yuftah alaikum sayang Ibu.. Aamiin Ya Mujib.. 🤍


Post a Comment

7 Comments

  1. MashaAllah bagusnyaaa. InshaAllah ustaz kecik dapat lalui SPM dengan jayanya. Otak diorang laju dan pikap biasanya ni..

    ReplyDelete
  2. Insha Allah dengan doa dan restu dari Kak Sue dan suami, ustaz kecik boleh berjaya dalam SPM.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah! Semoga cemerlang hendaknya.. Aamiiin!!! ;)

    ReplyDelete
  4. semoga mendapat keputusan spm cemerlang tu ustad kecik., aminn

    ReplyDelete
  5. Good luck Ustaz Kecik dan rakan-rakan tahfiz yang lain

    ReplyDelete
  6. Good luck... belajar rajin2

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan pembelajaran ustaz insya allah terang hatinya tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️