SHEIN Membentangkan Suntingan Persalinan Krismas

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi tentang SHEIN Membentangkan Suntingan Persalinan Krimas pula dengan korang. Rasanya ramai yang dah tau dan kenal jenama Shien nie kan, jom Kak Sue kongsikan lagi kat bawah nie jom..

SHEIN Membentangkan Suntingan Persalinan Krismas
SHEIN Membentangkan Suntingan Persalinan Krismas


SHEIN Membentangkan Suntingan Persalinan Krismas

Memastikan anda senantiasa bersedia dalam meraikan musim percutian hujung tahun, SHEIN menghimpunkan 5 gaya persalinan hebat buat menutup tirai tahun 2022.

Disember datang kembali, lantas membawakan perkhabaran saat paling menggembirakan setelah berhempas pulas bertugas seharian di pejabat mahupun dari rumah. Demikian, bahang sambutan perayaan Hari Natal juga semakin dirasai dengan kehadiran kilauan dekorasi pusat membelibelah serta kediaman yang mula menghadirkan seri nuansa Krismas.

Tambah lagi, berkumandangnya lagu karol Krismas yang ternyata membingkaskan kebahagian dalam meluangkan masa membeli hadiah buat teman juga orang yang tersayang.Dalam menuruti musim percutian hujung tahun ini, SHEIN membentangkan Koleksi Holiday 2022 yang menampilkan suntingan persalinan bergaya buat pelanggan setia jenamanya agar tampil lebih berseri Disember ini. Buat anda yang masih tercari-carikan ceraian pakaian untuk digayakan sepanjang musim percutian di hujung tahun ini, SHEIN sedia membantu dalam menemukan gaya idaman.

Setelah beberapa tahun terkurung meraikan Hari Natal bersendirian di rumah, pasti ramai yang kembali teruja untuk menyarungkan persalinan baharu lagi menawan buat tahun ini. Bagi pihaknya, SHEIN berbesar hati untuk mempersembahkan pelbagai gaya untuk anda termasuk persalinan kilauan labuci berwarna-warni, blazerbulu tiruan, cetakan mod nan sofistikated. Juga tampil sama ceraian pakaian anggun dari kulit yang sesuai untuk dipadankan buat sebarang majlis sosial.

Berikut adalah gaya penampilan terbaik yang membuatkan mata yang memandang tidak berkelip kala melihat anda.

Rincian Mewah Kot Bulu Palsu (Glam Princess Style)

SHEIN Membentangkan Suntingan Persalinan Krismas
SHEIN Membentangkan Suntingan Persalinan Krismas

Untuk persalinan yang terbias mewah, gayakan kot bulu palsu bersama dress berpotongan fit atau padanan top dan skirt dengan aksesori nuansa metalik; seperti clutch dan cermin mata hitam, serta but bertumit tinggu paras lutut bagi menyempurnakan seri gaya glamour ini.

Blazer Liburan Sempurna (Smart Chic)

SHEIN Membentangkan Suntingan Persalinan Krismas
SHEIN Membentangkan Suntingan Persalinan Krismas

Tiada apa yang bakal menyerlahkan penampilan anda selain padanan blazzer yang sempurna. Dilapisi diatas crop top atau dress kegemaran, padanan blazer statement ini bakal menyuntik aura yang menawan bila digandingkan bersama cluthaksesoris serta kasut bernada klasik. Gaya versatil ini bakal mendorong kehadiran anda dari majlis sosial bersama teman sepejabat terus berpesta riang di malam hari di kota. Namun, jika anda mahu membangkitkan setinya lagi, padankan dengan celana sutdari baldu berwarna terang!

Gantikan Celana Formal Dengan Gaya Kargo (Double Denim Look)

SHEIN Membentangkan Suntingan Persalinan Krismas
SHEIN Membentangkan Suntingan Persalinan Krismas

Seluar Kargo terlihat di mana-mana sahaja saat ini. Demikian, trend ini bakal kekal sehingga tahun berikutnya yakni pada tahun 2023. Bagi memperagakan suntingan gaya double denim ini untuk liburan di majlis sosial, padankan saja seluar jeans berpotongan longgar bersama rompi atau cropped top.  

Kemudian, lengkapi gaya ini dengan kasut bertumit tebal, aksesori berkilau berserta dandanan rambut juga solekan bernada glamor. Lapisi sepersalinan bersama kot berwarna terang buat sentuhan akhir.

Suntik Siluet dan Cetakan Lantang (The Rock Glamour Era)

SHEIN Membentangkan Suntingan Persalinan Krismas
SHEIN Membentangkan Suntingan Persalinan Krismas

Setelah bertahun-tahun menyarungkan persalinan yang konservatif, era 60-an mendorongkan gaya serta energi yang lincah. Lantas, menyorongkan kembali semangat dalam mengekspresikan diri menerusi ceraian pakaian. Terutamanya saat musim perayaan di hujung tahun menerjah. Koleksi Holiday 2022 SHEIN merangkumi semua jenis estetika dari tahun 60-an, daripada nuansa hippie kepada mood, sehingga youthquake yakni gaya yang lebih bersemangat, seksi, berinspirasikan budaya pop dan rock glamor.

Gaya Sweather Tidak Begitu Jelek (Cosy Holiday Look)

SHEIN Membentangkan Suntingan Persalinan Krismas
SHEIN Membentangkan Suntingan Persalinan Krismas

Peribadikan trend “ugly sweater”, namun pastikan anda masih tampil bergaya. Sama ada berparti di rumah atau melangkah ke pejabat; atau sekadar mahu membangkitkan aura persalinan harian agar lebih menyeronokkan, SHEIN mempunyai seleksi pilihan baju sejuk Krismas untuk digayakan sepanjang musim percutian hujung tahun ini.

Sama ada digayakan secara sendirian atau dipadankan bersama gabungan ceraian pakaian lainnya, Koleksi Holiday SHEIN 2022 tampil memberikan pelbagai gaya yang sempurna buat anda mengembaradi hujung tahun ini.

Tambahan, tepat pada masanya untuk pelancaran Koleksi Holiday SHEIN, SHEIN turut melancarkan beberapa promosi untuk Jualan Mega 12.12 Akhir Tahun dengandiskaun sehingga 90%. Pelbagai variasi top dan aksesori, termasuk rekaan pereka tanah air; dipaparkan menerusi kedua-dua laman web juga aplikasi mudah alih SHEIN.

Layari https://my.shein.com/, atau lewati akaun Facebook dan Instagram SHEIN Malaysia untuk menyemak suntingan gaya gerobok fesyen idaman anda. Muat turunaplikasi SHEIN Malaysia di Apps Store dan Google Play bagi mengetahui perkembangan terkini SHEIN untuk tahun 2023 dan seterusnya.


Post a Comment

5 Comments

  1. Uishhhh kemain lagi design2nya sis.. ;)

    ReplyDelete
  2. Belum pernah lagi membeli baju di Shein ni tapi pernah ternampak iklan mmg cantik2 bajunya.

    ReplyDelete
  3. cantik2 juga design baju shein tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️