Sanah Helwah Adik Sayang

Assalamualaikum, hai semua. Diam tak diam tahun nie si Ustaz Kecik Kak Sue tu dah masuk umur 16 tahun dah, tahun depan nak SPM dah pun. Cepat betul rasanya masa berlalu, tau-tau dah besar tinggi dah anak manja Ibu yang sorang nie. Sanah Helwah Adik Sayang, Ibu doakan, semoga tahun nie Allah kurniakan semua yang lebih baik untuk Adik, dunia dan akhirat ya nak..


Sanah Helwah Adik Sayang
Sanah Helwah Adik Sayang

Sanah Helwah Adik Sayang

Macam biasa setiap tahun Kak Sue mesti nak buat entri hari lahir untuk keluarga tersayang. Ya lah, saja untuk kenang-kenangan atau bila Kak Sue tak ada nanti boleh lah anak-anak datang sini baca cerita kat blog kesayangan Ibu depa nie kan..

Sanah Helwah Adik Sayang
Sanah Helwah Adik Sayang

Macam biasa juga setiap tahun kejutan dengan kek hari lahir bila sampai jam 12 malam memang dah jadi rutin dah dalam keluarga Kak Sue. Cuma bila anak-anak dah besar nie depa dah tak demand sangat nak buat majlis ke apa. Tapi tetap plan nak bawa keluar makan-makan juga nanti. Kebetulan tarikh hari lahir Kak Sue dengan Adik selang sehari aja harinya. Jadi selalunya kami akan buat sekali ja kalau nak keluar makan-makan..

Sekarang Kakak dan Abang dah kerja pulak susah nak dapat keluar sekali sebab hari cuti tak sama. Hadiah pun Kak Sue dan Abang Man akan bawak depa pilih sendiri dah sekarang nie, lebih senang macam tu kan. Bila anak-anak dah besar nie lain dah depa punya kehendak kan, jadi senang biar lah depa pilih sendiri, senang..

Sanah Helwah Adik Sayang
Sanah Helwah Adik Sayang

Akhir sekali, doa Kak Sue sebagai ibu akan sentiasa mendoakan untuk anak-anak, untuk hari lahir nie, Ibu doakan semoga Adik sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah selalu. Sekarang nie macam-macam hal yang kita tak dapat nak duga dan bayangkan dalam membesarkan anak-anak kan. Semoga semuanya baik-baik sahaja untuk anak-anak kita dan keluarga kita semua.. Aamiin Ya Rabb.. We love Adik Sayang.. 🤍

Baca juga baca sambutan hari lahir Adik kat sini Sanah Helwah Adik Sayang 2021

Post a Comment

4 Comments

  1. besar dah die..happy birthday..sekejap je kan masa berlalu. anak-anak dah sama tinggi dengan mak

    ReplyDelete
  2. Hepi besday adik sayang itttewww..

    ReplyDelete
  3. Sanah helwah adik.. Semoga diberkati Allah swt dunia akhirat.. Tingginya dia.. ;)

    ReplyDelete
  4. Sanah Helwah Adik semoga panjang umur dan murah rezeki

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤