Huawei Akan Melancarkan Siri Mate50 Pada 3 November Nanti

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang yang mana kaki gadget tu, yang Huawei Akan Melancarkan Siri Mate50 Pada 3 November nanti. Haa.. tak lama dah pun korang, esok lusa dah pun Huawei akan melancarkan Siri Mate50 nie. Kak Sue sendiri pun teruja sangat nak tau apa kemajuan telefon pintar terkini nie nanti..


Huawei Akan Melancarkan Siri Mate50 Pada 3 November Nanti

TIDAK LAMA LAGI! HUAWEI Consumer Business Group (CBG) Malaysia, peneraju infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global dan peranti pintar akan melancarkan barisan produk yang dinanti-nantikan pada tahun ini, Siri Mate50 pada 3 November 2022 - membolehkan rakyat Malaysia merasai rekaan elegan dan teknologi inovatif yang ditawarkan HUAWEI. 

Memperkenalkan King of Flagship, HUAWEI Mate50 PRO, yang akan menggunakan sistem operasi EMUI terkini daripada HUAWEI. Peranti flagship ini dilengkapi teknologi kamera mudah alih berprestasi yang lebih baik daripada pendahulunya untuk memberikan rakyat Malaysia pengalaman mengagumkan sambil mengekalkan reka bentuk space ring klasik dengan sentuhan halus corak Clous de Paris.

TUNGGU JAP! ADA BANYAK LAGI NI!

Selain daripada Siri Mate50, HUAWEI juga akan memperkenalkan Siri nova 10, Watch GT 3 SE dan Siri Matepad! HUAWEI berhasrat untuk memenuhi setiap keperluan rakyat Malaysia untuk gaya hidup yang lancar dan produktif dengan menggabungkan yang terbaik antara fesyen dan praktikal. Siri nova 10, Siri Watch GT 3 SE  dan Siri MatePad membuat penampilan julung kalinya pada hari yang sama dan akan membolehkan pengguna melakukan lebih banyak lagi dengan peneman digital yang unggul ini

Sebagai tambahan kepada barisan produk baharu, HUAWEI juga akan memperkenalkan EMUI 13 baharu untuk Siri Mate50. Wajah baharu Perkhidmatan Mudah Alih Huawei (HMS) direka untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang lancar serta melengkapkan pengalaman menggunakan peranti flagship menyeluruh ini - membolehkan HUAWEI melompat jauh ke arah kepenggunaan terutamanya untuk Huawei AppGallery. Untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna, 'Sophia',  pembantu AppGallery juga akan tersedia untuk menyelesaikan sebarang kebimbangan mengenai isu berkaitan aplikasi HMS  dengan berkesan.

Untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang berita atau promosi menarik seperti Pra-pesanan Eksklusif RM1 mereka, layari Laman Web Rasmi Huawei untuk membuat pra-pesanan sekarang dan berpeluang memenangi hadiah hebat daripada jumlah hadiah keseluruhan yang bernilai sehingga RM15,000!

Selain itu, jangan ketinggalan pelancaran Siri HUAWEI Mate50 dan Produk HUAWEI lain yang menarik pada 3 November 2022, melalui Laman Facebook Rasmi Huawei Facebook Rasmi HUAWEI atau klik di SINI untuk turut serta pada hari pelancaran nanti!

Post a Comment

5 Comments

  1. Cuma siapkan duitnya... hehehehe

    ReplyDelete
  2. byk gak huawei release hp baru. huawei gambar cantik cuma xde playstore kan

    ReplyDelete
  3. Ya...hari ini sudah bermula...jom serbu page mereka

    ReplyDelete
  4. camera mmg chuantek, tp cuma masalah takde preinstalled google, youtube etc., huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️