Berjaya Juga Kumpul Koleksi Pisau Jamie Oliver

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie saja lah Kak Sue nak kongsi kat sini dengan korang, akhirnya Kak Sue Berjaya Juga Kumpul Koleksi Pisau Jamie Oliver nie. Sebenarnya kan, lama dah Kak Sue berjaya kumpul koleksi pisau Jamie Oliver nie, tapi baru sekarang teringat nak kongsi kat sini dengan korang..

Berjaya Juga Kumpul Koleksi Pisau Jamie Oliver
Berjaya Juga Kumpul Koleksi Pisau Jamie Oliver


Berjaya Juga Kumpul Koleksi Pisau Jamie Oliver

Kak Sue rasa mesti korang pun ada yang berjaya juga kumpul koleksi pisau Jamie Oliver nie. Masa tu kita semua masih lagi dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi kita mak bapak nie memang selalu keluar berbelanja barang dapur lebih dari biasa. Pulak tu masa tu, dengan setiap pembelian kat mana- mana pasaraya Aoen, kita akan dapat setem untuk redeem barangan dari Chef Jamie Oliver nie..

Kak Sue macam biasa lah, tak nak ketinggalan juga. Gigih bethol mengumpul setem setiap kali berbelanja kat Aeon. Memang gigih betul nak dapatkan koleksi pisau dari Jamie Oliver nie. Cara nak redeem pun senang je, bila dah cukup setem untuk satu-satu barang tu, kita boleh aja terus redeem kat kaunter pertanyaan kat Aeon tu. Tapi.. ada tapi ya, untuk setiap barang yang kita nak redeem tu, kena lah tambah juga duit sikit untuk dapatkan barang tu..

Haa.. memang pandai Aeon nie kan, dah kita semua berbelanja kat situ untuk dapatkan setem, nak redeem barangan Jamie Oliver nie pun kena tambah lagi duit sikit. Tapi dek kerana kegigihan Kak Sue nak ada koleksi pisau Jamie Oliver nie, rela ku korbankan lah duit poket dan duit Abang Man demi untuk mengumpul koleksi pisau Jamie Oliver nie.. hehehe..

Tiap kali berbelanja memang simpan elok semua setem, dan akhirnya berjaya juga Kak Sue kumpul koleksi pisau Jamie Oliver tu. Seronok bukan kepalang lagi macam dapat hadiah gelang emas besar gayanya. Begitu lah kita mak-mak nie kan, dapat pisau idaman pun gembira tak terkata. Tapi kan.. tapi lagi ya, selain set pisau nie kan, Kak Sue redeem juga pan dari Jamie Oliver juga. Itu nanti Kak Sue kongsi next entri tau.. jumpa nanti hokay.. papai!





Post a Comment

7 Comments

  1. Eh eh x pasan plk pisau ni ms redeem barangan chef wan aritu.. Ni brgbredeem yg latest ke? Last mth pegi mcm brg chef wan je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak.. barang nie Kak Sue redeem masa PKP hari tu, tapi baru nak share kat sini.. hehehe..

      Delete
  2. gigih smpi kumpul stem nk dapat koleksi pisau jamie oliver camni., ;p

    ReplyDelete
  3. wah bestnya. salah satu cara utk reward diri sendirijuga kan

    ReplyDelete
  4. ada guna tak pisau yang hebat nie...kalau saya memang nak guna masak hehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️