Ride Cuti Hari Malaysia ke Kuala Selangor

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi cerita Ride Hari Malaysia ke Kuala Selangor pula dengan korang. Sebenarnya cerita ride Hari Malaysia ke Kuala Selangor nie dah lama sebenarnya. Masa musim PKP hari tu, tapi saja lah Kak Sue nak juga simpan cerita nie kat sini untuk kenang-kenangan nanti kan. Jom nak Kak Sue kongsikan kat bawah nie jom..

Ride Cuti Hari Malaysia ke Kuala Selangor
Ride Cuti Hari Malaysia ke Kuala Selangor


Ride Hari Malaysia Ke Kuala Selangor

Bila kerajaan umumkan kita semua dah boleh rentas daerah masa musim PKP hari tu, Abang Man pun ajak Kak Sue ride pada cuti Hari Malaysia ke Kuala Selangor. Kali nie kami ride solo atau berdua aja pun, saja lah nak panaskan enjin motor kan. Nak ajak ramai-ramai pun risau juga sebab masih dalam keadaan berjaga-jaga lagi masa tu..

Ride Cuti Hari Malaysia ke Kuala Selangor
Ride Cuti Hari Malaysia ke Kuala Selangor

Suasana jalan raya pada hari cuti Hari Malaysia boleh tahan agak sibuk juga. Ya lah, semua orang dah tak tahan kan duduk dalam rumah dan asyik ulang aktiviti yang sama berbulan-bulan. Bila dah dibenarkan rentas daerah dan dine in, memang semua tak nak lah lepaskan peluang. Sana-sini tempat makan nampak penuh dan agak sesak. Mula tu ingat nak lah jugak singgah, tapi bila tengok keadaan macam tu Abang Man terus ja pusing-pusing aja kat kawasan Kuala Selangor tu..

Nasib tadi dah makan dah kat rumah, saja aja lah kami nak ride cuti Hari Malaysia ke Kuala Selangor nie ambil angin sambil panaskan enjin motor Abang Man yang lama dah tak bergerak. Kut ada trmpat makan menarik berhajat juga nak singgah. Tapi bila penuh dengan orang ramai, kami pusing-pusing aja lah kat situ. Dah puas pusing-pusing Abang Man ajak Kak Sue singgah kawasan sawah padi kat situ. Orang pun masih tak ramai masa kami sampai. Sempat lah Kak Sue ambil beberapa gambar untuk kenang-kenangan..

Ride Cuti Hari Malaysia ke Kuala Selangor
Ride Cuti Hari Malaysia ke Kuala Selangor

Ride Cuti Hari Malaysia ke Kuala Selangor
Ride Cuti Hari Malaysia ke Kuala Selangor

Makin lewat petang, makin ramai datang singgah untuk bergambar kat situ. Jadi Abang Man pun terus ajak balik dan bagi peluang pada orang lain yang dah mula ramai datang situ. Kawasan sawah padi nie memang sangat cantik kalau nak bergambar kenangan, nak pula bila matahari terbenam kan. Dah siap dan berpuasahati dengan beberapa keping gambar kami pun terus ride balik ke Rawang dan alhamdullilah selamat sampai ke rumah sebelum lewat malam.

Ride Cuti Hari Malaysia ke Kuala Selangor
Ride Cuti Hari Malaysia ke Kuala Selangor

Selesai lah ride solo cuti Hari Malaysia kami ke Kuala Selangor. InsyaAllah, ada kelapangan masa lagi Kak Sue kongsi lagi cerita ride kami kat sini ya. Apapun untuk geng rider, ride pun ride juga.. keselamatan diri dan penunggang harus diutamakan hokay.. safe ride korang. Till then, papai!



Post a Comment

8 Comments

  1. wah bestnya ride jalan2 tgk pemandangan

    ReplyDelete
  2. waa seronoknya aktiviti kak sue dgn abg man.. mesti tenANG FIKIRAN KENA ANGIN dan pemandangan cantik

    ReplyDelete
  3. Seronoknya ride dgn suami sambil menikmati pemandangan.

    ReplyDelete
  4. Memang best ride ni... Dapat rasa suasana angin tu direct dari dalam kereta.

    ReplyDelete
  5. sonoknyer ride naik bigbike jalan2 Kuala Selangor 👍👍

    ReplyDelete
  6. seronoknya ride dgn husban
    tgk pemandangan indah

    ReplyDelete
  7. Wah! Seronoknya! Hati2 ye!

    ReplyDelete
  8. bestnya boleh ride sama-sama

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️