Rezeki Berniaga Final Piala FA di Stadium Shah Bukit Jalil

Assalamualaikum, hai semua. Alhamdullilah, tahun nie kami diberi Rezeki Berniaga Final Piala FA di Stadium Bukit Jalil. Tak sangka dan tak plan pun sebenarnya nak berniaga Final Piala FA di Stadium Bukit Jalil kali nie. Sejak PKP memang kami dah tak ikut sangat perkembangan bola atau kiosk untuk peniaga stadium. Tapi itu lah, perancangan Allah tu memang sangat cantik dan baik. Tetiba last minit hari tu, ada peluang dan rezeki untuk kami berniaga kali nie..

Rezeki Berniaga Final Piala FA di Stadium Shah Bukit Jalil
Rezeki Berniaga Final Piala FA di Stadium Shah Bukit Jalil


Rezeki Berniaga Final Piala FA di Stadium Bukit Jalil

Sebenarnya kan, rezeki berniaga Final Piala FA di Stadium Bukit Jalil nie boleh Kak Sue katakan rezeki anak-anak. Kakak anak dara Kak Sue yang sorang tu ada bagi tau Kak Sue sebelum tu, betapa Kakak rindu sangat nak berniaga macam dulu-dulu, seronok sangat katanya. Anak-anak Kak Sue memang sejak depa kecil lagi Kak Sue dan Abang Man dah bawa dan ajar cara berniaga sikit-sikit. Ya lah mana tau kan, ada antara anak-anak Kak Sue nanti berminat nak berniaga kan..

Rezeki Berniaga Final Piala FA di Stadium Shah Bukit Jalil
Rezeki Berniaga Final Piala FA di Stadium Shah Bukit Jalil

Dan nampaknya, setakat nie Kakak sorang aja lah yang berminat sangat nak berniaga macam Abang Man. Si Abang bukan lah tak pandai nak berniaga, dah boleh diharap sepenuhnya dah pun, tapi nampak tak berapa nak ke arah itu sangat. Si Adik pula, masih belajar-belajar lagi. Adik nie pemalu sikit. Mungkin Abang dan Adik nie lebih minat ke arah lain kut. Tapi tak kisah lah, apa pun minat atau kerja depa nanti janji rezeki yang halal dan berkat kan..

Kebetulan kami ada keluar jalan-jalan cari makan di Food Thai Ekspo, Aeon Anggun Rawang tak lama lepas tu. Terjumpa pula kawan niaga Abang Man si Bob, kebetulan berniaga kat ekspo tu. Sembang punya sembang, tersembang pasal niaga Final Piala FA di Stadium Bukit Jalil nie. Dan entah macamana tetiba pula Abang Man dah pi booking tapak niaga. Cumanya kali nie kami tak ada rezeki nak berniaga dalam stadium macam selalu, kali nie rezeki kami berniaga disebelah luar stadium berdekatan stesen LRT pula..

Rezeki Berniaga Final Piala FA di Stadium Shah Bukit Jalil
Rezeki Berniaga Final Piala FA di Stadium Shah Bukit Jalil

Tapi kami okay aja pun, mana-mana pun tak kisah sangat kat mana tapak niaga sebenarnya kali nie. Janji ada rezeki nak berniaga kat stadium dan nak lepaskan rasa rindu nak berniaga macam dulu-dulu. Kali nie juga, kami tak ada pembantu macam biasa kami ada, setiap kali kami berniaga event besar macam nie. Kali nie kami anak beranak aja lah, tapi bukan tak biasa pun, cuma bila tak ada pembantu nie terasa letih lebih sikit lah. Kerja semua kena buat sendiri kan.. 

Kali nie, kami bergerak ke Stadium Bukit Jalil lebih awal dari biasa. Selepas subuh, kami terus bergerak sebab nak elakkan jem nanti. Jem kat jalan raya satu hal, jem dalam tapak niaga pun satu hal juga nanti. Malas lah nanti nak bersoal jawab dengan securiti dan jadi kelam kabut. Jadi nak senang dan mudah, kita datang lah awal. Boleh juga kita mula buat kerja kat tapak niaga pelan-pelan dan santai..

Rezeki Berniaga Final Piala FA di Stadium Shah Bukit Jalil
Rezeki Berniaga Final Piala FA di Stadium Shah Bukit Jalil

Seterusnya macam biasa lah, bila dan sampai tu siapkan tempat niaga dan siapkan barang-barang niaga pula. Nak susun kedudukan meja, balang air dan nak goreng bebola. Seawal pagi pun dah ramai dah fan yang datang ke stadium tau. Kali nie kami kat sebelah fan Terengganu. Memang meriah sangat, seronok tengok gelagat fan yang sungguh bersemangat, siap dengan gendang bagai. Bila lepas zohor tu, kebanyakan peniaga semua dah mula sibuk dengan fan yang datang membeli kat gerai masing-masing. Sibuk lah kami sekejap..

Sebelah petang game dah nak mula pun masih ramai lagi fan Terengganu melepak sebelah luar stadium. Tak sangka pula kami ramai juga fan yang melepak kat luar stadium kali nie. Kebetulan masa game Final Piala FA kali nie ada konsert kumpulan Dewa kat Stadium Axiata, sebelah stadium bola Bukit Jalil. Jadi bercampur lah orang yang nak pergi tengok bola dengan nak pergi tengok konsert.

Rezeki Berniaga Final Piala FA di Stadium Shah Bukit Jalil
Rezeki Berniaga Final Piala FA di Stadium Shah Bukit Jalil

Walaupun boleh dikatakan agak ramai juga peniaga kali nie, kami tetap bersyukur dengan rezeki yang dah ditetapkan. Apapun tahniah Kak Sue ucapkan untuk team JDT menjadi juara Piala FA tahun nie dan tahniah juga untuk team Terengganu sebab antara team yang layak ke final Piala FA. Tahun depan kita tengok sapa pula yang bakal jadi juara dan semoga ada rezeki kami lagi untuk kami berniaga game Final Piala Malaysia pula. Jumpa lagi next entri ya.. papai!

Korang juga boleh baca Rezeki di Stadium Shah Alam

Post a Comment

10 Comments

  1. Alhamdulillah tahniah atas rezeki berniaga Kak Sue. Saya last sekali ikut org berniaga masa zaman student dulu. Kawan ajak jaga gerai di tapak pesta konvo, sambil2 tu dpt upah. Tak sangka pertama kali bertentang mata dgn En Suami masa tu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Carneyz, wah terus jumpa jodoh ye.. alhamdullilah..

      Delete
  2. Tempat sesak dan meriah macam ni memang jadi demand la kalau jual makanan dan minuman.

    Apa lagi minuman...tipulah takkan ada yang beli hehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tu kaksue, rejeki x salah alamat., aminn

    ReplyDelete
  4. kelebihan orang berniaga ini...dapt duit hari-hari masuk...tapi kalau berniaga secara bermusimpun ok juga

    ReplyDelete
  5. mcm mne nak menjual mcm air dlm kotak box puteh..niaga air tin n mineral..kne buat lesen jgk ker...
    ingat nak buat mase final piala malaysia nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak nak kena kacau boleh ambik tapak niaga yang khemah biru tu, pegi aja stadium seminggu awal ada orang jual tapak niaga kat sana. Kalau tak nak ambik tapak kena berani sikit lah main kejar-kejar dengan securiti nanti..

      Delete
    2. ooo..macam tuh ke okey2..nnty saya try yer..tq for info kak

      Delete
  6. Alhamdulillah rezeki tu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤