Rangkaian Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Mackerel Terbukti Lebih Baik Daripada Segar

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Rangkaian Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Mackerel Terbukti Lebih Baik Daripada Segar pula dengan korang. Memang brand yang satu nie menjadi kegemaran Kak Sue sekeluarga pun. Boleh kata setiap bulan pasti akan ada menu dari Ayam Brand Ikan Sardin dan Mackerel nie dari Dapur Kak Sue, boleh buat kita bertambah-tambah makan tau bila ada menu istimewa yang satu nie.. hehehe..

Rangkaian Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Mackerel Terbukti Lebih Baik Daripada Segar
Rangkaian Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Mackerel Terbukti Lebih Baik Daripada Segar


Rangkaian Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Mackerel Terbukti Lebih Baik Daripada Segar

Buka Tin untuk Menikmati Hidangan Lazat Kaya dengan Omega-3, Protein dan Kalsium

Ikan seperti sardin, mackerel dan salmon adalah antara protein haiwan yang paling sihat yang kita boleh sertakan dalam diet harian. Tapi.. Adakah korang menggemari ikan yang bernutrisi ini tetapi tiada masa, kurang berkemahiran, dan tidak yakin untuk membersihkan, dan menyediakan untuk dimakan? Jadi korang tiada beza dengan kita semua – kita geng! 

Rangkaian Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Mackerel Terbukti Lebih Baik Daripada Segar
Rangkaian Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Mackerel Terbukti Lebih Baik Daripada Segar

Alternatifnya adalah dengan membuka salah satu tin daripada rangkaian Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato atau Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato bagi cara yang mudah dan lazat untuk menambahkan pengambilan ikan yang sihat ke dalam diet anda.

Selalunya timbul persoalan mengenai kandungan nutrisi bagi sardin dan mackerel dalam tin berbanding ikan sardin dan ikan mackerel segar. Sesetengah orang lebih suka makan secara segar manakala ada yang suka makan ikan dalam tin. 

Soalan ini mencetuskan kajian penyelidikan oleh penyelidik Muhammad Ezzudin, R, Lim X.X, Uthumporn, U, Shariffa N.Y dan Liew, C.L dari Pusat Pengajian Teknologi Perindustrian, Universiti Sains Malaysia. Mereka menganalisis, membandingkan nilai nutrisi, kehadiran bahan aditif dan bahan pengawet dalam tin Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato, dan tin Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato dengan ikan sardin dan ikan mackerel yang segar dan dimasak sendiri.

Hasil kajian dalam kertas kerja mereka bertajuk Comparison of Nutritional Composition, Chemical Preservatives, and Glutamic Acid Content of Canned Food with Freshly Cooked and Home Cooked Products, yang diterbitkan dalam Food Research Journal adalah diluar jangkaan dan positif terhadap khasiat makanan dalam tin.

Rumusan kajian yang dibuat oleh penyelidik diatas mengenai kandungan nutrisi dan ketidakhadiran bahan aditif dan bahan pengawet dalam Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato dan Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato adalah "selamat untuk mengambil produk makanan dalam tin yang menggantikan masakan rumah yang segar tanpa menjejaskan kandungan nutrisinya".

Kajian oleh Muhammad Ezzudin et al., (2021) mengesahkan bahawa amalan warga emas yang telah makan Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Ikan Mackerel dari dulu kala untuk kandungan omega-3, kalsium, dan protein yang tinggi. Rumusan kajian menunjukkan bahawa produk dalam tin mempunyai kandungan nutrisi bermanfaat yang lebih tinggi berbanding bahan-bahan segar seperti masakan di rumah.

Rangkaian Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Mackerel Terbukti Lebih Baik Daripada Segar
Rangkaian Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Mackerel Terbukti Lebih Baik Daripada Segar

Mengapa dan Bagaimana Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Ikan Mackerel Lebih Segar?

Kualiti adalah teras semua produk Ayam Brand™. Ayam Brand™ Ikan Sardin adalah eksklusif daripada spesis Sardinop atau Genus Sardina dari perairan Pasifik Barat Laut dan Pasifik Timur, perairan Selatan Lautan Hindi dan perairan Atlantik Barat Laut. Ikan Mackerel secara eksklusif daripada spesis Scomber, ditangkap terutamanya di Lautan Atlantik Utara, perairan Pasifik Barat Laut dan Pasifik Timur. Sardin dan mackerel yang hidup dalam keadaan yang amat sejuk lebih berisi, padat dan kaya dengan omega 3. Ikan jenis ini ditinkan dengan segera melalui pensterilan pada suhu yang tinggi secara inovatif dan eksklusif serta teknologi vakum untuk memelihara nutrien dan rasa. Tanpa udara terperangkap dalam tin, tidak akan ada bakteria yang akan tumbuh maka tiada keperluan untuk penggunaan bahan pengawet.

Seperti semua produk Ayam Brand™, produk ini juga tidak ditambah dengan monosodium glutamat (MSG) untuk mengekalkan rasa natural ikan sardin dan ikan mackerel yang berkualiti.

Faedah Pemakanan - Omega 3

Sardin dan mackerel merupakan sumber omega-3 semulajadi yang sangat baik. Omega-3 merupakan asid lemak penting yang mesti kita dapatkan daripada makanan kerana badan tidak mensintesisnya, tetapi memerlukannya untuk kesihatan yang baik. Antara manfaat kesihatan omega-3 ialah menggalakkan perkembangan otak, mengurangkan kemerosotan mental berkaitan dengan usia, dan Penyakit Alzheimer serta mengurangkan faktor risiko penyakit jantung. Selain itu, sardin dan mackerel juga membekalkan tubuh dengan nutrien lain yang penting seperti mineral dan vitamin B.

Rumusan kajian menyokong kualiti, kesesuaian, kesenangan dan kandungan nutrisi sardin dan mackerel dalam tin. Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato telah terbukti mempunyai 7.1 kali lebih omega-3 berbanding sardin segar tempatan yang dimasak sendiri. Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato mengandungi 7.6 kali lebih omega-3 berbanding hidangan yang setara dengan mackerel yang ditangkap sendiri. Orang yang memerlukan lebih banyak omega-3 harus mempertimbangkan untuk menambah sardin dan mackerel dalam tin dan berkualiti ke dalam diet mereka untuk faedah omega-3.

Faedah Pemakanan - Protein

Protein adalah blok binaan penting bagi tulang, otot, rawan dan kulit. Rambut dan kuku kebanyakannya terdiri daripada protein. Badan kita menggunakan protein untuk membina dan membaiki tisu, mengoksigenkan darah, menghasilkan enzim yang membantu penghadaman, membina sel baharu dan bahan kimia badan serta mengawal hormon kita. Mendapatkan protein yang mencukupi setiap hari adalah penting untuk kesihatan kita.

Ikan termasuk sardin dan mackerel tinggi dalam kandungan protein. Daripada kajian tersebut, didapati bahawa Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato mempunyai 2.1 kali lebih protein berbanding sardin tempatan yang dimasak sendiri, manakala Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato mengandungi 1.5 kali lebih protein daripada hidangan yang setara dengan mackerel yang ditangkap sendiri. Sardin dan mackerel dalam tin yang berkualiti menawarkan lebih banyak protein dalam setiap hidangan berbanding ikan yang segar.

Faedah Pemakanan - Kalsium

Badan kita memerlukan kalsium untuk membina dan menyokong tulang yang kuat. Jantung, otot dan saraf kita juga memerlukan kalsium untuk berfungsi dengan baik. Sesetengah kajian menyarankan bahawa kalsium, bersama dengan vitamin D, mungkin mempunyai manfaat yang tidak terhad kepada kesihatan tulang sahaja tetapi juga berkemungkinan dapat mengelak risiko kanser, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Rumusan kajian menunjukkan bahawa Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato dan Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato mempunyai kandungan kalsium 10 hingga 15 kali lebih tinggi berbanding mackerel dan sardin yang segar atau yang dimasak sendiri. Dapatkan sardin atau mackerel dalam tin untuk memperoleh nutrisi kalsium secara berterusan.

Dalam kajian tersebut, semua sampel makanan dalam tin Ayam Brand™ dan sampel makanan dimasak oleh masing-masing telah diperiksa bagi kandungan asid glutamiknya untuk menunjukkan bahawa tiada MSG ditambah dalam sampel makanan dalam tin.

Rangkaian Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Mackerel Terbukti Lebih Baik Daripada Segar
Rangkaian Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Mackerel Terbukti Lebih Baik Daripada Segar

Berhemah Apabila Anda Berbelanja 

Tekanan inflasi menyebabkan kos semua barangan meningkat. Jadilah pengguna yang cermat berbelanja dengan membuat pilihan yang tepat berdasarkan kualiti dan nilai pemakanan produk makanan yang anda beli.

Cadangan Hidangan

Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato dan Ikan Mackarel dalam Sos Tomato sedia untuk dimakan terus dari tin. Rasanya sedap dan amat sesuai dimakan dengan nasi, roti atau mi. Buat hidangan seimbang dengan menambahkannya ke dalam salad. Terdapat banyak pilihan untuk diterokai dengan produk yang sihat, lazat, mudah, bebas MSG dan bahan pengawet ini.

Harga dan Ketersediaan

Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato dijual dari RM4.45 bagi tin kecil 155g hingga RM11.15 bagi tin bujur 425g manakala Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato dijual dari RM4.45 bagi tin kecil 155g hingga RM9.15 bagi tin besar 425g.

Produk Ayam Brand™ boleh didapati secara meluas dari Aeon, Aeon Big, Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer, Bens, Hero, Mydin, TF Value, The Store/Pacific, Econsave, Matahari atau kunjungi kedai Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada.


Mengenai Ayam Brand™ 

Ayam Brand™, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand™ dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand™ dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study.  

Post a Comment

6 Comments

  1. kita pun suka makan ikan sardin cap ayam brand ni dari dulu hehehe

    ReplyDelete
  2. kalau teringin mkn sardin tin, memang ayam brand pilihan ciknur jga. Lebih sedapp. Ank bungsu sardin memangg request bila lama x mkn

    ReplyDelete
  3. Kalau cari sardin mesti pilih yang cop ayam ni

    ReplyDelete
  4. teringin pulak nak makan lauk sardin hehehe. thanks share the good brand :D

    ReplyDelete
  5. mmg feveret kami anak beranak ni kak sue. yg mackerel ni ikan dia lebih besar dan isi dia lebih pejal mmg sedap

    ReplyDelete
  6. Wah! Cantiknya datang dala kotak macam tu!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️