Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi  satu tempat yang menarik untuk korang iaitu KBB Burger & Steak. Korang yang mana nak cari tempat makan tengahari, kaki makan atau yang suka cuti-cuti tu boleh lah ajak keluarga atau kawan-kawan singgah makan ke KBB Burger & Steak Kota Bharu nanti hokay..

Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu
Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu

Tempat Makan Tengahari paling Menarik di Kelantan – KBB Burger & Steak #kbbsteak Kota Bharu

Sebenarnya kan, family Kak Sue suka sangat kalau dapat cuti-cuti atau jalan-jalan ke negeri yang digelar negeri Cik Siti Wan Kembang nie. Dengan pelbagai pilihan makanan, tak kira lah masakan tradisional atau masakan barat dan tempat-tempat yang menarik memang buat kita rasa nak datang lagi lain kali. Baru-baru nie Kak Sue baru dapat tahu yang KBB Burger & Steak antara tempat makan tengahari yang paling menarik di Kelantan sekarang nie. Ketinggalan betul ya sejak tak dapat nak jalan mana-mana bila PKP hari tu..

Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu
Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu

Tetiba mcam tak sabar pula nak tau apa yang menarik kat KBB Burger & Steak nie. Jom lah Kak Sue kongsikan dengan korang juga kat bawah nie jom. Untuk info korang, KBB Burger & Steak nie sebenarnya terletak di Kota Bharu, Kelantan tau. Ruang makan kat sini memang eksklusif dan selesa yang juga boleh memuatkan tetamu dari 100 hingga 150 orang dalam satu-satu masa. Selain dari tu, korang juga boleh pilih untuk dine in sama ada dibahagian atas atau bahagian bawah restoran. Nasib Kak Sue datang time nie orang tak ramai lagi..

KBB Burger & Steak nie juga ada ruang VIP Meat Club untuk korang yang nak adakan majlis yang sedikit privasi seperti majlis harijadi, majlis makan bersama keluarga, jamuan untuk kawan sepejabat atau sebagainya. Cumanya kat sini hanya boleh memuatkan seramai 10 hingga 12 orang tetamu sahaja lah. Dah nama pun privasi kan, tak payah lah jemput ramai-ramai.. giteww.. hehehe..

Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu
Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu

Seterusnya, untuk menu di KBB Burger & Steak Kota Bharu nie pula, ada pelbagai menu menarik yang boleh korang pilih. Antaranya ialah steak, burger, pasta, ribs dan juga lamb. Tapi antara menu yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan yang datang kat sini of course la steak & burger. Steak kat sini semua nampak fresh dan sedap. Rambang mata jadi bila tengok steak-steak yang terdapat dalam peti. Burger pon sama. Buka je menu fuhh..macam-macam burger ada. Untuk pengetahuan semua, Backribs, Wild Ribs Burger & Wagyu Burger antara best seller kat sini. Untuk kanak-kanak pula korang boleh cuba Mac & Cheese dan juga pasta Carbonara. Biasa lah kalau ada krim dan keju nie anak-anak kecil memang suka lah sangat kan..

Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu
Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu

Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu
Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu

Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu
Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu

Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu
Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu

Selain KBB Burger & Steak kat Kota Bharu nie, mereka ada juga outlet kedua di Terengganu tau korang. Dan sebenarnya mereka baru aja mula beroperasi penghujung  Febuari lepas di Terengganu nie. Korang mana yang nak jalan-jalan atau cuti-cuti ke Terengganu lepas nie boleh lah singgah kat sini nanti. Untuk outlet lain kita tunggu aja dulu, mana tau ada rezeki mereka akan bukan kat negeri lain pulak nanti kan.. btw yang mana nak tukar selera makan ala-ala western waktu tengahari boleh la singgah di KBB Burger & Steak Kota Bharu nie. Confirm tak rugi!

Akhir sekali, macam biasa untuk korang yang nak ke sini atau nak buat tempahan awal Kak Sue sertakan link kat bawah nie hokay. Selamat mencuba korang..

Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu
Tempat Makan Tengahari Paling Menarik di Kelantan - KBB Burger & Steak Kota Bharu

KBB Steakhouse


KBB Steakhouse Kota Bharu
Alamat : No 2713, Jalan Kuala Krau
15150 Kota Bharu,
Kelantan.
No Tel : 010 258 1001
Atau korang boleh terus mesej ke Wasap.KBBKotaBharu

Waktu Operasi : 12pm - 11pm
Jumaat - 3pm - 11pm
Buka setiap hari. 

KBB Steakhouse Kuala Terengganu
Alamat : Lot 4063, Jalan Sultan Zainal Abidin
2000 Kuala Terengganu
Terengganu.
No Tel : 010 254 1001
Atau boleh terus mesej ke Wasap.KBBTerengganu

Waktu Operasi : 12pm - 11pm
Jumaat : 3pm - 11pm
Buka setiap hari.


Post a Comment

7 Comments

  1. Kelantan memang syurga makanan ,bukan makanan tradisi je,moden pun dah banyak,mcm2 kedai naik,rindu nak blk sana

    ReplyDelete
  2. wah makanan nampak sedap dan suasana restoran yg cantik..

    ReplyDelete
  3. Restoran dia memang sangat cantik dan selesa. Jika ke Kelantan nanti, bolehlah singgah dan makan di sini kan. Menu²nya pun berbaloi dgn harga

    ReplyDelete
  4. cosy nya restoran dia tu. mesti seronok lepak sambil makan steak. nampak sedap dan juicy steak tu bolehlah masuk wishlist ni

    ReplyDelete
  5. Cantik ID dia... have have ni....

    ReplyDelete
  6. lawanya
    Menarik syok dpt lepak.camni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤