Kirei Kirei Memupuk Amalan Mencuci Tangan Yang Baik di Sekolah-Sekolah Rendah Sekitar Kawasan Lembah Klang

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak pula dengan korang. Sebagai ibu bapa, kita memang kena sentiasa pantau kebersihan dan penjagaan diri untuk ank kita kita. Apatah lagi sejak kebelakangan nie dah ada macam-macam virus muncul yang buat kita risau tentang kebersihan dan penjagaan diri anak-anak kita. Bila ada Kirei Kirei sabun tangan anti bakteri selamat untuk kanak-kanak memang rasa lega dan tak risau nak bagi anak-anak guna kan..

Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak
Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak

Kirei Kirei Memupuk Amalan Mencuci Tangan Yang Baik di Sekolah-Sekolah Rendah Sekitar Kawasan Lembah Klang

Dengan tujuan untuk memupuk amalan mencuci tangan yang baik dalam kalangan kanak-kanak, jenama pencuci tangan No. 1 Jepun, Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteri nie telah menjalankan program mencuci tangan untuk murid-murid sekolah rendah di Lembah Klang sepanjang beberapa bulan yang lalu. Lebih 4,000 orang murid-murid mendapat manfaat daripada program ini dan produk bernilai RM50,000 telah disumbangkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen tersebut.
Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak
Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak

Sejak dua tahun lalu, amalan mencuci tangan menjadi salah satu rutin harian yang paling ditekankan dalam kalangan masyarakat. Sejak itu, amalan ini telah dilihat sebagai kaedah yang berkesan dalam membantu mencegah penyebaran penyakit, yang biasanya disebarkan melalui kebersihan tangan yang kurang baik. Apabila keluarga kita sihat, kita tak perlu risau tentang ketinggalan waktu persekolahan, kerja atau aktiviti lain.

Mencuci tangan ialah cara yang mudah, menjimatkan dan berkesan untuk menghapuskan kuman, mencegah penyebaran kuman kepada orang lain dan mengelakkan penyakit. Ini amat berguna terutamanya untuk mencegah penyakit seperti penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) dan Influenza, yang menyaksikan peningkatan kes di negara ini dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Walaupun ramai murid-murid mencuci tangan mereka dengan air, hanya sebilangan kecil yang benar-benar menggunakan sabun yang mampu membasmi kuman dengan lebih berkesan. Dengan itu, Kirei Kirei mencipta program yang menyeronokkan dan mendidik untuk memupuk amalan mencuci tangan dengan betul dalam kalangan murid-murid di Malaysia.

Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak
Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak

'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'– pepatah ini menekankan kepentingan menerapkan nilai dan tabiat yang baik ketika seseorang itu masih muda. Melalui Program Sekolah Kirei Kirei 2022, lebih 4,000 murid-murid sekolah rendah telah dididik tentang kebersihan diri, dengan tumpuan khusus kepada kebersihan tangan.

Berikutan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kirei Kirei telah memulakan program di sekolah pada bulan Mac 2022 di sekolah swasta dan antarabangsa di sekitar Lembah Klang. Para pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi bercerita tentang kuman dan kepentingan mencuci tangan. Mereka juga boleh mereka bentuk dan menghiasi label pelekat botol Kirei Kirei mereka sendiri untuk dilekatkan pada botol bagi mempromosikan dan menggalakkan tabiat mengisi semula yang membantu mengurangkan sisa dan kebimbangan alam sekitar.

Kirei Kirei menjadikan amalan mencuci tangan lebih mudah dan menyeronokkan dengan video 7 langkah mencuci tangan sambil diiringi lagu 'Selamat Hari Lahir'. Video "sebelum dan selepas" yang memaparkan penggunaan cahaya UV turut dikongsi bersama pelajar. Video ini menunjukkan bahawa teknik mencuci tangan yang tidak betul boleh meninggalkan kuman dan bakteria yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak
Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak

Bagi memupuk amalan mencuci tangan yang betul, Kirei Kirei turut menyumbangkan produk Kirei Kirei Foaming Hand Wash bernilai RM53,000 kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen ini. Produk-produk ini diletakkan di seluruh perkarangan sekolah, seperti kantin, tandas, singki, dan kawasan lain yang sesuai supaya pelajar dapat menjaga kebersihan tangan pada bila-bila masa. Poster dan pelekat cermin juga diletakkan di tempat yang strategik sebagai peringatan tentang tujuh langkah mencuci tangan.

Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn. Bhd., menekankan kepentingan memimpin melalui teladan. “Sebagai ibu bapa dan penjaga, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengajar anak-anak kita ke arah tabiat kebersihan yang baik. Kanak-kanak belajar dengan cara meniru tingkah laku orang dewasa dalam kehidupan mereka, dengan mengajar mereka cara yang betul untuk mencuci tangan, ia lebih mudah untuk rutin ini diamalkan dan menjadi tabiat sihat sepanjang hayat.

Misi kami di Southern Lion adalah untuk membawa kehidupan yang lebih bahagia, bersih dan sihat kepada semua rakyat Malaysia dengan memperkenalkan produk seperti Kirei Kirei. Dengan menghasilkan produk untuk menyokong kebersihan yang lebih baik, kami berharap untuk mengubah, menambah baik dan memberi kesan positif kepada kualiti hidup mereka.”

Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak
Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak

“Saya berharap Program Sekolah Kirei Kirei 2022 dapat memberi impak yang besar dan positif kepada generasi akan datang. Berdasarkan sambutan hebat daripada program tahun ini, kami akan terus mendekati lebih banyak sekolah dalam fasa seterusnya. Sasaran kami adalah untuk mengadakan lebih banyak sesi di sekolah-sekolah di Lembah Klang!” sambung Mabuchi.

Sabun Pencuci Tangan Anti-Bakteria Kirei Kirei yang selamat untuk kanak-kanak didatangkan dalam dua varian tau, iaitu..

* Moisturizing Peach

* Moisturizing Peach

* Nourishing Berries

Setiap varian boleh didapati dalam,

* Bentuk botol 250ml (RM12.50)

* Pek isi semula 200ml (RM8.50)

Korang juga boleh dapatkan produk Kirei Kirei di cawangan Don Don Donki, AEON, AEON Maxvalu, AEON Wellness, Jaya Grocer, Village Grocer dan Ben’s Independent Grocer yang terpilih. Selain tu, korang juga boleh beli secara online kat Lazada atau Shopee dengan penghantaran terus ke depan pintu rumah. Haa.. senang kan, jimat masa dan tenaga. Untuk lebih info tentang Kirei Kirei, korabf boleh ke Facebook dan website rasmi Kirei Kirei Malaysia tau.

Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak
Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak

Tentang Kirei Kirei

Kirei Kirei diperkenalkan buat pertama kalinya sebagai sabun pembersih tangan pada tahun 1997 di Jepun. Produk ini telah dihasilkan berikutan beberapa siri penularan keracunan makanan besar-besaran di Jepun, disebabkan oleh bakteria patogenik E. coli O157 menjadikannya isu sosial yang besar pada tahun 1996. Ini menyebabkan syarikat menjalankan misi sosial untuk memupuk “tabiat mencuci tangan” bagi melindungi kanak-kanak daripada bakteria dan virus, dengan mencipta sejenis produk yang dapat membantu mereka memupuk tabiat ini.

Untuk memupuk tabiat mencuci tangan di kalangan kanak-kanak, seluruh keluarga perlu mengamalkan tabiat ini. Tabiat ini tidak boleh dipupuk melalui disiplin tegas dan paksaan, ia perlu dilakukan dengan perasaan gembira supaya kanak-kanak berasa seronok sewaktu mencuci tangan. Kami percaya amalan kerap mencuci tangan harus dijadikan tabiat yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga dan ini merupakan konsep sabun pembersih tangan Kirei Kirei.

Selepas beberapa tahun Kirei Kirei diperkenalkan di Jepun, ia menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 negara tersebut pada tahun 2000. Sabun ini menduduki kedudukan tersebut selama 21 tahun berturut-turut, dan masih lagi menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 di Jepun pada tahun 2021. 


Post a Comment

15 Comments

  1. Tabiat mencuci tangan memang perlu dipupuk dari anak kecil lagi... Jom cuci tangan dengan sabun Kirei Kirei... Hmmmm....wanginyeee... Hee...

    ReplyDelete
  2. Pencuci tangan dia best kak. Dekat rumah guna ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh Diah pun guna juga ya.. terbaik..

      Delete
  3. penting amalan mencuci tangan especially di musim pandemik.. terbaiklah kirei kirei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Adda.. harus kena ada kat setiap rumah..

      Delete
  4. Bagus ni utk anak2 sekolah . Semoga bertambah rajin mereka cuci tangan.

    Pstt. Cik sue Taiping kat mana tu? ciknur dah atas lg bt kurau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan CikNur.. kena ada kat setiap rumah.

      Pstt.. Kak Sue kat pekan Batu Kurau.. belakang masjid tu aja rumah Mak Kak Sue.. 😉

      Delete
  5. Pencuci tangan memang perlu disediakan di semua tempat awam. Jom try Kirei Kirei

    ReplyDelete
  6. Catchy la nama brand ni....

    ReplyDelete
  7. tq sue kenal kan ana dengan Kirei Kirei , dalam Islam pun kita perlu pada penjagaan kebersihan kan, Sue

    ReplyDelete
  8. Skrg amalan mencuci tangan ni dah jadi perkara normal. anak2 saya balik dari sekolah mmg benda pertama dieorg akan cuci tangan dulu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️