Resepi Ikan Siakap Masak Sambal

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ikan Siakap Masak Sambal pula dengan korang. Lama betul rasanya tak kongsi masakan dari Dapur Kak Sue kat sini kan. Kadang tu asyik ulang masakan yang sama ja sebenarnya, tu yang Kak Sue tak ada kongsi kat sini. Kebetulan hari tu Kakak anak dara Kak Sue buat Ikan Siakap Masak Sambal nie, jadi sajalah nak kongsi kat sini..

Resepi Ikan Siakap Masak Sambal
Ikan Siakap Masak Sambal


Resepi Ikan Siakap Masak Sambal

Dulu masa zaman Kak Sue masih kecil, arwah Mak Kak Sue suka juga Ikan Masak Sambal nie. Tapi lain sikit dengan resepi Iakan Siakap Masak Sambal yang Kakak masak nie. Bahan mudah, cara nak masak pun mudah sangat. Jom lah kita tengok kat bawah nie jom..

Ikan Siakap Masak Sambal

Bahan :
1 ekor ikan Siakap - cuci bersih, ketepikan
3 ulas bawang putih - dikisar
6 biji cili besar - dikisar
12 biji cili padi - dikisar
Daun salad

Cara :
Panaskan minyak dan goreng ikan siakap tadi sedikit garing. Angkat dan toskan sekejap.
Kemudian tumiskan bahan yang dikisar tadi
Biarkan bahan tadi mendidih sehingga masak
Kemudian perasakan dengan garam dan gaul sebati
Tutup api, susun daun salad dalam pinggan untuk hiasan.
Kemudian boleh lah tuang sambal tadi ke atas ikan Siakap yang digoreng tadi.
Sedia untuk dihidangkan.

Korang boleh juga cuba resepi lain kat sini Resepi Ikan Talapia Masak Berlada

Post a Comment

7 Comments

  1. Suka jer ikan siakap masak apa pun...

    ReplyDelete
  2. Resipi nampak ringkas dan menarik. Boleh cuba ni. Terima kasih share Kak Sue :)

    ReplyDelete
  3. lauk favourite saya ni kak sue. makan dengan nasi panas aje dah cukup alahaii

    ReplyDelete
  4. Makan lauk ni je dengan nasi oanas dah cukup kan kak.

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak Sue makan dengan nasi panas ni.. Macam nak buat jugaklah esok ikan masak sambal.

    ReplyDelete
  6. wahh sedap ikan siakap sambal nih.. 😅 😅

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤