Sambutan AidilAdha 2022

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Sambutan Aidiladha 2022 yang baru saja kita sambut hari tu. Tahun nie kita semua dah boleh rentas negeri dah kan untuk Sambutan Aidiladha. Tapi Kak Sue sekeluarga tak dapat balik ke kampung sebab Abang anak bujang Kak Sue tu tak dapat cuti dan kami pun memang dah plan nak buat korban pada tahun nie..


Sambutan AidilAdha 2022

Alhamdullilah, Sambutan Aidiladha kali nie Abang Man ada rezeki nak buat korban untuk anak dara Kak Sue yang seorang tu si Kakak. Ada rezeki lebih sikit kan, jadi Abang Man pun join lah jiran-jiran kat kawasan Kak Sue nie nak buat korban. Tambah seronok lagi tahun nie adik Kak Sue si Ateh sekeluarga datang beraya kat rumah Kak Sue. Mulanya plan Abah dan semua adik beradik datang beraya kat sini, tapi tetiba tak boleh datang pula sebab ada hal masing-masing. Terkilan lah juga.. huhuhu..

Sambutan AidilAdha 2022
Sambutan AidilAdha 2022

Apapun, reronok juga rupanya bila sama-sama berkongsi buat korban, masak dan makan sama-sama dengan jiran-jiran Kak Sue nie. Masing-masing dah ada tugas masing-masing. Orang lelaki uruskan daging korban dari mula sampai ke akhir, dan ada juga lah orang perempuan tolong timbang untuk agihan daging korban. Selain tu, orang perempuan pun uruskan bab makan dan minum untuk yang buat kerja juga untuk jiran-jiran lain yang datang Macam biasa kami memilih untuk bawa makanan dari rumah masing-masing macam yang biasa kami buat sebelum nie..

Sambutan AidilAdha 2022
Sambutan AidilAdha 2022

Biasanya, kalau ada sambutan apa-apa, jiran-jiran Kak Sue akan adakan perjumpaan dan akan bawa makanan masing-masing dari rumah. Lepas tu kami akan berkumpul di rumah jiran yang dah ditetapkan untuk berkumpul. Sambil makan-makan tu, kami akan bertanya tanya khabar, berbincang tentang hal kejiranan dan isu semasa. Ya lah, biasanya masing-masing sibuk dengan rutin harian kan. Bila ada aktiviti macam nie dapatlah kita kekalkan semangat kejiranan dan silatulrahim sesama jiran..

Macam tu lah juga dengan ibadah korban hari tu. Bila tau aja jiran sebelah rumah Kak Sue nie nak buat korban, dan ajak kami join sama, kebetulan ada rezeki lebih sikit tahun nie Abang Man terus masukkan nama Kakak. Semua berurusan melalui whatapps aja dan ada lah dua tiga kali buat meeting. Bila dah selesai semua pembayaran hanya tunggu saja hari yang dah sama-sama setuju iaitu pada hari raya pertama AidilAdha..

Sambutan AidilAdha 2022
Sambutan AidilAdha 2022

Abang Man lah antara orang yang paling sibuk sejak dua-tiga hari sebelum sambutan Aidiladha tu. Memang tak lekat kat rumah lah, kebetulan Abang Man ada juga buat jualan daging kat Saujana Utama Puncak Alam. Memang sejak PKP hari tu Abang Man ada buat jualan daging nie. Cari duit poket lebih sikit katanya. Selain tu, Abang Man juga lah orang yang bertanggungjawab masak Sup Tulang untuk sambutan AidiAdha tu juga. Memang sibuk betul ya..

Kita yang tengok nie pun dah rasa penat dah, tapi Abang Man nampak seronok sebab dapat buat ibadah korban dan berkumpul bersama Ateh sekekuarga dan juga jiran-jiran. Sampai malam juga lah ada orang masih berkumpul dan makan kat khemah yang kami dah sewa sama-sama hari tu.

Sambutan AidilAdha 2022
Sambutan AidilAdha 2022

Apapun, syukur sangat semuanya berjalan lancar. Cuaca pun baik dan dimudahkan semua urusan. Harap tahun depan ada rezeki lagi dan umur panjang boleh lah kami berkongsi buat korban lagi dengan jiran-jiran.. Aamiin Ya Rabb..


Post a Comment

6 Comments

  1. Alhamdulillah
    seronok bila dpt buat korban
    raya aidiladha

    ReplyDelete
  2. amboi meriah sungguh sambutan raya aidiladha kak sue sekeluarga. mmg seronok dpt berkumpul macam ni kan. cantik pulak color code warna ala peach ni

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah syukur. In sya Allah ada rezeki boleh buat lagi ibadah korban. Kongsi rezeki kan kak Sue.

    ReplyDelete
  4. meriah dan seronok bila kerja bergotong-royong ni kan

    ReplyDelete
  5. meriahnyerr uools., ;p

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤