Resepi Daging Masak Singgang

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Daging Masak Singgang pula dengan korang. Korang yang tak ada idea nak masak atau yang masih ada lagi baki daging korban hari tu boleh lah cuba resepi Daging Masak Singgang nie. Bahan dan cara masak senang aja nak sedia kan. Jom Kak Sue kongsikan kat bawah nie jom..

Resepi Daging Masak Singgang
Daging Masak Singgang


Resepi Daging Masak Singgang

Sebenarnya kan resepi Daging Masak Singgang nie Kak Sue belajar dari Ateh adik Kak Sue. Baru-baru nie anak Ateh salah sorang si Kembar tu datang lepak rumah Kak Sue. Bila kami semua dah tak idea nak masak apa tetiba ja si Adik cakap, Adik suka Ibu masak Daging Singgang Angah, sedapnya makan dengan Air Asam. Untuk info korang, Angah tu panggilan keluarga untuk Kak Sue. Teruslah si Angah nie rasa kecur air liur nak makan.. hihihi..

Jadinya, teruslah Kak Sue tanya Ateh awal pagi hari tu cara nak masak Daging Masak Singgang. Kami adik beradik memang selalu juga bertukar-tukar resepi. Kadang tu jadi berjangkit-jangkit pun ada juga. Contohnya, kalau hari nie si Ateh masak Laksa, esok lusa Kak Sue atau Acik pula ikut juga masak Laksa. Esoknya kalau Kak Sue masak apa-apa, Ateh atau Acik pun ikut masak menu yang sama juga. Macam tu lah kami selalu..

Dulu masa Mak masih ada, memang Mak lah tempat rujukan masakan atau resepi. Kadang Mak pun suka tanya masak apa hari nie kalau Kak Sue bertanya khabar. Tapi sekarang nie kami masing-masing lah pula bertanya dan berkongsi sesama sendiri mana yang tahu. Okay lah.. tak nak sembang panjang lagi, jom kita tengok resepi Daging Masak Singgang nie jom..

Daging Masak Singgang

Bahan :
1/2 kg daging - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
8 biji cili padi - dihiris kecil
1 batang serai - dihiris kecil
Sedikit garam

Cara :
Masukkan air, bahan yang dihiris dan daging tadi ke dalam periuk
Masak daging tadi sehingga empuk
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa
Tutup api, sedia untuk dihidangkan

Post a Comment

6 Comments

  1. Daging masak singgang memang membuka selera. Lagilah makan waktu tengahari. Menambah-nambah nasi.

    ReplyDelete
  2. Lebih kurang macam masak sup daging jugalah ek

    ReplyDelete
  3. Resepi yang ringkas... Ada kelapangan nanti LeYa boleh try. Tq kak Sue

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan singgang daging. Boleh cuba nanti ni.

    ReplyDelete
  5. Memanggg sedapp ,suka suka he hee

    ReplyDelete
  6. rajinnyer maksue masak daging singgang., ;p

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤