Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang dan istimewa untuk semua peminat-peminat Neelofa, yang Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall dah tau. Kak Sue pun teruja sangat bila diberi peluang untuk hadir ke pelancaran pembukaan Butik Naelofar Terbaru di KL East Mall, Kuala Lumpur nie. Ya lah, macam yang kita semua tau Neelofa nie antara nama yang besar kat Malaysia nie dan merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Memang teruja lah kalau dapat jumpa atau hadir dalam majlis beliau kan..

Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall
Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall

Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall

Butik Naelofar Terbaru yang dibuka di KL East Mall baru-baru nie adalah kedai mereka yang keenam tau korang. Hebat betul kan.. dengan menyediakan pintu gerbang moden kepada busana sederhana, pelancaran itu telah dirasmikan oleh Noor Neelofa Mohd Nor atau lebih dokenali dengan nama Neelofa bersama Pengarah Urusan, Mohd Aqief Mohd Noor yang juga merupakan adik kepada Neelofa dan Ketua Pengarah Eksekutif, Kho Min Jee.

Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall
Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall

Butik Naelofar telah dibuka secara rasmi kepada umum bermula Khamis lepas dan berpegang teguh pada moto mereka "With Naelofar, every woman can Go Far". Butik serba baru nie menampilkan pengaruh konsep minimal jenama yang dikenali di seluruh kedai sedia ada mereka, dengan padanan tekstue sederhana kontemporari.

Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall
Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall

Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall
Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall

Lebih menarik lagi, butik ini dengan ruang seluas 2,400 kaki persegu dengan produk terlaris Naelofar, koleksi terbaru, bilik persalinan yang luas, tempat duduk yang selesa dan sesuai untuk bergambar menarik untuk Instagram, di samping menawarkan pengalaman membeli belah yang menarik untuk #NaelofarBabe bila korang datang ke butik ini.

Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall
Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall

Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall
Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall

Menurut kata Neelofa sebagai pengasas Naelofar yang berkongsi untuk mengembangkan lagi Butik Naelofar di seluruh Malaysia tapi terpaksa menangguhkan banyak rancangan disebabkan Covid-19 yang melanda bukan sahaja negara, tetapi seluruh dunia. Jadi hari ini beliau sangat teruja untuk melihat impian menjadi kenyataan bermula dengan pembukaan Butik Naelofar KL East Mall dan banyak lagi pada masa akan datang.

Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall
Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall

Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall
Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall

Neelofa dan keluarga teramat berterima kasih kepada #NaelofarBabes untuk sokongan yang sentiasa mereka semua berikan. Dan harap dapat membalas budi mereka dengan membantu mereka 'Go Far' bersama Naelofar. Bagi memeriahkan pelancaran ini, Naelofar turut melancarkan koleksi AidilAdha mereka secara eksklusif kepada pengujung KL East Mall semasa majlis perasmian sebelum ia boleh didapti di saliran lain lewat hari itu.

Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall
Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall

Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall
Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall

Jom Kak Sue nak kongsi antara koleksi sempena sambutan Hari Raya AidilAdha yang bakal kita sambut tak berapa lama saja lagi..

1. Set Hadiah Najma Mini Sejadah RM169
2. Najma Sejadah RM95
3. Set Amal Telekung RM249
4. Lara Crepe Lace Abaya RM329

Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall
Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall

Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall
Butik Naelofar Terbaru Kini Dibuka di KL East Mall

Haa.. menarik kan, korang boleh terus datang dan membeli belah di Butik Naelofar Lot G1-37, Tingkat Bawah, KL East Mall dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari dan menikmati tawaran eksklusif dalam butik dari semasa ke semasa. Selamat membeli belah korang.. ❤️

Post a Comment

3 Comments

  1. waa bestnya kak sue dpt jumpa neelofa. byk brg dijual kat sini ye bukan tudung saja.. menarik gak kan beli telekung utk raya

    ReplyDelete
  2. nanti pi kl east mall, bole la singgah...menarik nmpknya

    ReplyDelete
  3. tahniah Neelofa & team. tak sabar nk tunggu store di temat lain pula.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️