Sanah Helwah Sayangku

Assalamualaikum, hai semua. Hari istimewa datang lagi tahun nie, hari yang sentiasa ditunggu-tunggu. Sanah Helwah Sayangku.. tahun nie macam tahun-tahun sebelum nie kami sambut kat rumah ala kadar aja. Tahun nie alasan tak dapat sambut kat luar sebab Abang Tihie anak teruna Kak Sue tu dah bekerja kat luar. Kalau nak keluar makan pada hari yang sama tu memang tak dapat dah lah macam dulu..

Sanah Helwah Sayangku
Sanah Helwah Sayangku


Sanah Helwah Sayangku

Sama juga macam tahun-tahun yang lepas, Kak Sue dan anak-anak cuma plan kejutan kek hari lahir yang Kak Sue order awal sebelum hari lahir Abang Man. Dan macam biasa juga Kak Sue akan kongsikan sedikit cerita ringkas hari istimewa orang kesayangan Kak Sue kat blog kesayangan Kak Sue nie untuk kenang-kenangan di masa depan..

Sanah Helwah Sayangku
Sanah Helwah Sayangku

Dan.. macam yang Kak Sue agak, Abang Man memang tak ingat pun tarikh lahir beliau sendiri kalau korang nak tau. Biasa lah orang lelaki nie kadang terlampau banyak berfikir kut sampai hari lahir sendiri pun depa lupa kan. Sabar aja lah..

Tapi tak apa, itu lah peranan kita sebagai isteri nie untuk ingatkan dan meraikan tarikh-tarikh penting macam nie kan. Bukan apa, untuk zahirkan kasih sayang, perhatian dan menghargai orang yang kita sayang. Sebetulnya tak payah tunggu pun hari lahir, sebab tentunya setiap hari akan jadi hari istimewa bila kita bersama dengan orang yang kita sayang..

Sanah Helwah Sayangku
Sanah Helwah Sayangku

Akhir sekali.. doa Kak Sue masih sama setiap hari dan masa, semoga Abang Man sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah, semoga semua yang terpaling baik untuk kesayangan Kak Sue nie dunia dan akhirat.. Aamiin Ya Rabb.. We love you Yang..

Kenangan Sambutan Hari Lahir 2021 - Sanah Helwah Sayangku



Post a Comment

6 Comments

  1. Sanah Helwah buat orang teristimewa dalam hidup kak sue. Didoakan semoga diberi kesihatan selalu dan dipanjangkan umur.

    ReplyDelete
  2. Bila lupa tu yang bila ada surprised lagi menjadi kan kak.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir Abg Man. Semoga panjang umur, dimurahkan dan diperluaskan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dipelihara keselamatan dan kesihatan. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari jadi Abang Man ensem

    ReplyDelete
  5. sanah helwah abg man semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. kek tu cantik la

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir bt suami kak sue.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤