Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi tempat makan menarik untuk korang semua, tapi sebelum tu Kak Sue nak ucapkan Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI tempat makan yang Kak Sue singgah beberapa hari lepas dulu. Cantik dan menarik sangat Restoran Meat Cartel TTDI nie tau korang, memang Kak Sue suka sangat suasana dan makanan kat sini..

Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI
Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI


Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI

Macam biasa, sebelum Kak Sue kongsi lebih lagi tentang Restoran Meat Cartel TTDI nie, Meat Cartel  nie sebenarnya dah ada dalam industri F&B nie sejak tahun 2017 lagi rupanya. Lama dah tu kan, Kak Sue yang ketinggalan agaknya sebab nie kali pertama Kak Sue datang makan kat sini dan tau tentang Restoran Meat Cartel nie..

Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI
Meat Cartel TTDI

Bermula dengan perniagaan dari rumah, dengan visi memperkenalkan BBQ Salai gaya Texas dengan memasak dengan suhu yang rendah dan lama menjadikan hidangan rasa lain dari yang lain. Patut lah rasa daging kat sini sangat lembut, berjus dan cukup rasa..

Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI
Meat Cartel TTDI

Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI
Meat Cartel TTDI

Selain dari itu kan, kalau korang nak tau Meat Cartel nie dah ada 13 cawangan di seluruh Malaysia tau. Antaranya di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya. Meat Cartel juga sekarang nie ada perancangan nak buka cawangan seterus mereka di kawasan Pantai Timur dan Utara. Haa.. hebat kan, nanti boleh lah orang Pantai Timur dan Utara datang makan kat Meat Cartel nie juga..

Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI
Meat Cartel TTDI

Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI
Meat Cartel TTDI

Sekarang nie kan, kesemua cawangan Meat Cartel tengah adakan promosi memperkenalkan hidangan menu makan tengahari tau. Ada bermacam pilhan menu yang disediakan antaranya Pasta Masak Lomak Smoke Brisket, Nasi Masak Lomak Smoked Brisket, Smoked Brisket Rice, BBQ Quarter Chicken Rice dan beberapa menu istimewa yang lain. Haa.. menarik kan korang, lain dari yang lain. Gabungan masakan barat dan tempatan..

Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI
Meat Cartel TTDI

Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI
Meat Cartel TTDI

Selain makanan yang sedap dan tempat yang selesa dan cantik, Restoran Meat Cartel TTDI nie juga ada sediakan kemudahan fasiliti tandas dan juga surau untuk korang yang akan datang makan kat sini nanti. Tak ada lah kita kalut nak makan cepat atau risau sebab nak cari surau untuk solat nanti kan. Boleh aja makan santai sambil borak dan lepak kat sini..

Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI
Meat Cartel TTDI

Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI
Meat Cartel TTDI

Haa.. korang yang mana plan nak makan kat luar dengan family dan kawan-kawan boleh lah singgah sini nanti. Dan selain makan korang juga boleh nak ber OOTD kat sini memandang ada corner cantik yang sesuai bergambar kenangan. Kalau tak nak makan sini, korang boleh je tapau balik rumah atau buat pesanan guna Food Panda atau Grab. Senang dah sekarang nie kan, semua kat hujung jari aja..

Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI
Meat Cartel TTDI

Akhir sekali, Kak Sue nak ambil kesempatan nak ucapkan tahniah kepada Encik Rozhan dan Restoran Meat Cartel TTDI, semoga terus succes lagi selepas nie. Kak Sue kongsikan juga alamat kat bawah nie, korang boleh terus waze aja nanti. Jangan lupa jemput Kak Sue lagi ya..

Meat Cartel TTDI
No 127, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.



Post a Comment

4 Comments

  1. wah bestnya.. ingatkan meata cartel menu meat saja rupanya mcm2 ada.. kek pun nampak sedap. bolehlah masuk wishlit.. birthday lunch kat sini

    ReplyDelete
  2. ohh area TTDI.. boleh la singgah kalau ke rumah makcik. nampak semua sedap

    ReplyDelete
  3. tkpernh cuba lg mkn sini..menarik nmpknya..nanti bole cuba

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤