Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022

Assalamualaikum, hai semua. Tahun nie baru lah ada rezeki dan kesempatan nak buat majlis Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022 kat rumah yang Kak Sue sekeluarga duduk sekarang nie. Sejak Mak Kak Sue tak ada, memang rasa hilang semangat nak buat makan-makan macam sambutan raya dan doa selamat macam nie. Sebabnya masa Mak Kak Sue ada setiap tahun Mak akan datang dan masakkan lauk pauk untuk tetamu yang akan datang ke rumah Kak Sue..

Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022
Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022

Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022

Sebenarnya pada mulanya tak ada pun plan nak buat Sbutan Raya dan Doa Selamat untuk tahun 2022 nie, tetiba aja Abang Man kata jom lah kita buat makan-makan sikit dan buat doa selamat ringkas untuk kita lahirkan rasa syukur dengan rezeki dan kebaikan yang Allah kurniakan sepanjang beberapa tahun lepas..

Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022
Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022

Memang sebetulnya Kak Sue dan Abang Man, suka nak menjamu dan meraikan tetamu. Cuma bila Mak Kak Sue dah tak ada, memang terasa lain sangat. Semangat tu macam dibawa pergi sekali. Ambil masa juga lah Kak Sue nak stabilkan emosi, kehilangan ibu bapa dan keluarga terdekat memang bukan satu perkara yang mudah kita nak terima. Apatah lagi kalau ianya terjadi secara tiba-tiba..

Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022
Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022

Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022
Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022

Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022
Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022

Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022
Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022

Okaylah, berbalik kepada sambutan raya dan doa selamat di rumah Kak Sue, tahun nie kami buat secara kecil-kecilan aja pun untuk meraikan keluarga, jiran dan kawan-kawan rapat dan terdekat. Lagi pun kita semua baru aja pulih dari wabak yang melanda seluruh dunia, jadi masih dalam keadaan berhati-hati dengan bilangan tetamu yang terhad..

Macam biasa juga kalau kat rumah Kak Sue nie kami lebih suka dengan menu kampung dan tak lupa Laksa Batu Kurau. Selain tu ada juga Kak Sue dan keluarga sediakan kuih-muih dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Alhamdullilah, kali nie Kak Sue, Abang Man dan anak-anak bergotong royong masak sendiri untuk tetamu kami tanpa bantu dari Mak tersayang..

Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022
Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022

Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022
Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022

Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022
Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022

Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022
Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022

Letih memang letih, tapi bila tengok tetamu datang makan dan suka dengan masakan kami sekeluarga memang rasa seronok dan hilang semua rasa letih. Sampai gambar pun tak dan nak ambik sangat, nasib lah ada gambar dari kawan-kawan yang datang. Mintak izin ya korang kongsi kat sini. InsyaAllah, ada rezeki dan kelapangan masa tahun depan Kak Sue akan buat lagi jamuan raya dan doa selamat macam nie dan akan jemput kawan-kawan yang lain juga ya..

Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022
Sambutan Raya dan Doa Selamat Untuk Tahun 2022

Kak Sue juga nak ucapkan terima kasih pada kekuarga Kak Sue dari Batu Kurau yang bertungkus lumus bantu sediakan hidangan dan juga untuk Kakak Jam, kakak ipar kesayangan yang sudi datang siap bawak cheese tart kegemaran anak-anak Kak Sue. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sudi datang siap ada yang bawak buah tangan, susah-susah aja. Apapun.. segala kekurangan dan kekhilafan dari kami sekeluarga, Kak Sue mohon ampun dan maaf ya. InsyaAllah, kita jumpa lagi Raya tahun depan hokay.. papai!


Post a Comment

7 Comments

  1. Meriah sungguh menu-menunya!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah
    sedapp.menu terutama lemang tu

    ReplyDelete
  3. Oh rupanya org Taiping ye. Ciknur pun org bt kurau

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, ramai juga yang hadir. Moga dipermudahkan urusan akak sekeluarga

    ReplyDelete
  5. mmg sedih kan bila mak takde mmg lain sgt. semangat pun hilang. tapi life must go on. seronok tgk meriah sambutan raya kak sue. sori tau x dpt dtg aritu

    ReplyDelete
  6. Beraya nak sampai raya haji dah ni kak sue. Sakan beraya #eh

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤